MASYARAKAT Islam Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kewujudan satu laman Facebook dikenali “Valet Doa” yang menawarkan khidmat kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci. Dalam dunia larian pun ada khidmat ala-ala “Valet Doa” di mana ada pelari yang akan berlari marathon bagi pihak anda! Menurut sebuah laman web larian, Marathon Investigation, seorang pelari wanita bernama Cindy telah dikantoikan kerana menggunakan …
Read More »5 Tips Berlari Di Waktu Pagi Sebelum Ke Pejabat
Waktu pagi adalah masa yang paling baik untuk berlari. Apa tidaknya? Udara segar. Kicauan burung yang merdu. Sinar matahari yang belum lagi membahang. Semuanya adalah pendorong bagi anda untuk memulakan hari anda dengan berlari. Di sini kami kongsikan 5 tips yang boleh anda ikuti agar tiba di pejabat dengan lebih segar, cergas dan bertenaga. 1. Mulakan dengan niat Ia memang …
Read More »REEBOK CLASSIC LANCAR KASUT ZOKU RUNNER
Mengambil ilham daripada kasut-kasut Reebok Classic dari era 70an, 80an dan 90an, ZOKU RUNNER mengadunkan warisan jenama tersebut yang kaya dengan rekaan yang canggih. Nama Zoku memberi penghormatan kepada perkataan Jepun yang diterjemahkan sebagai “menjadi sebahagian daripada sebuah puak”. ZOKU RUNNER direkacipta berdasarkan kasut original Classic, yang diubahsuaikan dengan potongan silhuet yang moden. Ia menampilkan simbol “crosscheck” yang dicipta oleh …
Read More »Foto: Siti Saleha di PUMA WOMEN’S WORKSHOP #DoYou
Selain daripada berlari, kita juga boleh mendapatkan kebaikan senaman aerobik intensiti tinggi seperti sesi POUND. Baru-baru ini, PUMA telah menganjurkan sebuah bengkel khas untuk wanita di Intermark Mall. Duta wanita PUMA Asia Tenggara untuk kempen #DoYou, Siti Saleha dan Vanessa Tevi turut menyertai lebih daripada 50 peserta bengkel. Bengkel tersebut dimulakan dengan sesi POUND dan diikuti oleh sesi yoga yang …
Read More »13 Istilah Kasut Lari Yang Anda Harus Tahu
Apakah itu upper? Toe-spring? Heel-toe offset? Untuk membeli kasut lari, kita haruslah fahami istilah-istilah “bahasa pelari” yang jarang digunakan dalam perbualan seharian. Istilah-istilah ini agak janggal kalau diterjemahkan ke bahasa Malaysia, jadi kami terpaksa kekalkan mereka di dalam bahasa Inggeris. 1. Upper Fabrik mesh yang menjadi penutup bahagian atas dan sisi kaki dari tumit ke jari kaki. Fabrik mesh adalah …
Read More »6 Makanan Penyebab Perut Meragam
Menurut pakar pemakanan sukan, Renee McGregor, kejadian perut meragam semasa acara perlumbaan boleh dielakkan dengan menghindari beberapa jenis makanan yang diketahui boleh merengsakan perut. 1. Buah beri Buah-buahan adalah kaya dengan serat, lebih-lebih lagi buah beri yang mudah terlebih makan. Raspberi mengandungi 8g serat dalam sajian seberat 125g berbanding dengan 3g dalam buah pisang. 2. Sayur-sayuran Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai …
Read More »Biodata: Zaidatul Husniah Zulkifli – Wanita Terpantas Malaysia
Kejayaan Zaidatul Husniah Zulkifli memecahkan rekod 100 meter milik G Shanti yang berusia 24 tahun dalam Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfontein, Afrika Selatan telah mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia belum mengenali atlet pecut kelahiran Pulau Pinang itu dan di sini disertakan biodata dan lima fakta ringkas mengenai dirinya: Lima fakta ringkas Zaidatul Husniah Zulkifli …
Read More »Ceriakan Hari Anda Dengan PUMA x SESAME STREET
Ucapkan “hello” kepada Ernie and Bert, Big Bird, Elmo dan Cookie Monster yang pernah menjadi teman waktu membesar di dalam koleksi PUMA x Sesame Street. PUMA dan Sesame Workshop mengimbau memori zaman kanak-kanak dengan koleksi SS17 yang diilhamkan oleh program TV kanak-kanak popular tersebut. Koleksi ini menampilkan kasut, pakaian dan aksesori, menggandingkan watak kegemaran anda yang ceria dan gaya timeless. …
Read More »Nike Pro Hijab Untuk Atlet Muslimah
Jenama sukan popular, Nike bakal memasarkan hijab untuk kegunaan altet Muslimah. Tudung yang diberi nama “Nike Pro Hijab” menampilkan rekaan tudung sukan yang diperbuat daripada polyester yang ringan dalam warna gelap dan neutral. Fabrik yang dipakai adalah telus udara untuk keselesaan ketika bersukan tetapi tidak lut cahaya bagi menutup aurat. Nike mula mereka-cipta tudung tersebut apabila atlet Muslimah mengadu tentang …
Read More »Cara paling Mudah dan Murah untuk Mencegah Kaki Melecet!
Kulit melecet adalah musuh yang paling ditakuti oleh pelari. Gelembung berair yang pedih akan timbul akibat geseran di antara stokin atau kasut dengan kulit kaki. Ia akan menjadi lebih teruk atau berdarah jika dibiarkan berpanjangan. Kulit melecet pasti akan menjejaskan prestasi larian walaupun sekecil mana lukanya. Terdapat pelbagai produk yang mendakwa dapat mengatasi masalah kulit melecet di pasaran; dari serbuk, …
Read More »