Home / Artikel Menarik / Jam Pintar Outdoor CASIO PRO TREK WSD-F20 di Pasaran Jun ini

Jam Pintar Outdoor CASIO PRO TREK WSD-F20 di Pasaran Jun ini

casio_protek_003 casio_protek_005

Casio Malaysia Sdn. Bhd. bakal melancarkan jam pintar outdoor yang menampilkan ciri kalis air dan prestasi lasak untuk kegunaan luar rumah. Jam WSD-F20 yang bakal dipasarkan pertengahan Jun ini, dikuasai oleh Android Wear 2.0 dan dilengkapi dengan GPS serta fungsi peta berwarna yang boleh digunakan ketika offline.

casio_protek_001

Jam ini direkacipta untuk pelbagai kegiatan riadah luar rumah termasuk aktiviti air dan boleh digunakan di kawasan tanpa khidmat selular. Ia menampilkan peta yang mudah dibaca dari data Mapbox. Peta boleh dimuat turun terlebih dahulu ke dalam WSD-F20 dan menggunakan data GPS untuk mengesan lokasi si pemakai, walaupun ketika offline. Aplikasi Location Memory membolehkan pengguna mengubaisuai peta dengan menambah petanda dan nota di kawasan-kawasan menarik seperti pemandangan indah dan kawasan memancing yang bagus.

casio_protek_002

Rekaan yang lasak termasuk pelindung butang, bezel dan butang sisi dalam pelbagai saiz sesuai digunakan untuk aktiviti seperti trekking, berbasikal, memancing, sukan musim sejuk dan sukan air.

Jam WSD-F20 diposisikan dalam siri PRO TREK, satu jenama jam outdoor oleh Casio untuk kegunaan luar rumah.

Jam WSD-F20 boleh didapati secara eksklusif di kedai G Factory dan ICJ Isetan Lot10, di Malaysia dengan harga runcit yang disyorkan RM 2,199.

Check Also

10 Sebab Anda Harus Jadikan SUUNTO RACE S Sebagai Teman Berlatih, Berlumba & Recovery Anda!

Share this on WhatsApp Suunto baru-baru ini telah melancarkan Race S, versi lebih kecil dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!