Home / Artikel Menarik / 13 Istilah Kasut Lari Yang Anda Harus Tahu

13 Istilah Kasut Lari Yang Anda Harus Tahu

Apakah itu upper? Toe-spring? Heel-toe offset? Untuk membeli kasut lari, kita haruslah fahami istilah-istilah “bahasa pelari” yang jarang digunakan dalam perbualan seharian. Istilah-istilah ini agak janggal kalau diterjemahkan ke bahasa Malaysia, jadi kami terpaksa kekalkan mereka di dalam bahasa Inggeris.

01-nike_vomero_m_400
1. Upper
Fabrik mesh yang menjadi penutup bahagian atas dan sisi kaki dari tumit ke jari kaki. Fabrik mesh adalah telus udara dan boleh meregang mengikut pergerakan. (Nike Air Zoom Vomero 12)

02-asics_gel_m_400
2. Heel Counter
Ia terletak di bawah collar dan direka untuk mendakap tumit kaki agar kedudukan kasut tidak beralih ketika berlari. Pada sesetengah kasut, heel counter terletak di bahagian luar kasut untuk memperkuatkan struktur kasut di sekeliling tumit. (Asics Gel-DS Trainer 22)

03 hoka_arahi_m_400
3. Heel Crash Pad
Segmen kusyen di bawah tumit yang membantu menyerap impak gegaran apabila kaki mencecah tanah. (Hoka One One Arahi)

04-nb_freshfoam_zante_w_400
4. Heel-Toe Offset/ Heel-Toe Drop
Perbezaan jarak dalam unit milimeter di antara tumit kaki dengan jari kaki di atas permukan tanah. Istilah “zero drop” bermakna tapak kasut tersebut adalah mendatar. (New Balance Fresh Foam Zante v3)

05-ua_w_400
5. Midsole (Tapak Tengah)
Bertindak sebagai kusyen dan diperbuat daripada pelbagai bahan (foam, gel, poket udara). Midsole memberikan sokongan, kekenyalan dan fleksibiliti yang berbeza bergantung kepada ketebalannya. (Under Armour Speedform Gemini 3)

06-adidas_supernova_m_400
6. Outsole (Tapak Luar)
Lapisan paling luar di bahagian tapak kasut yang biasanya diperbuat daripada getah. Ia bertindak dengan memberi cengkaman kepada kasut. (Adidas Supernova)

07-saucony_kinvara_m_400
7. Collar
Bahagian pergelangan kaki yang mempunyai pelapik empuk untuk sokongan dan keselesaan. (Saucony Kinvara 8)

08-mizuno_wave_rider_w_400
8. Toe-Spring
Rekaan di depan kasut yang melengkung ke-atas, bertujuan untuk meningkatkan momentum apabila kaki menganjak dari permukaan tanah. (Mizuno Wave Rider 20)

10-reebok_harmony_w_400
9. Toebox
Bahagian hujung di depan kasut yang menutup dan melindungi jari kaki. (Reebok OSR Harmony Road)

09 =brooks_transcend4_m_400
10. Toe Bumper/ Toe Cap
Secara teknikal, ia dalah sebahagian daripada toe box. Ia melindungi jari kaki daripada impak. Pada kebiasaannya, kasut trail mempunyai toe bumper yang lebih kuat untuk melindungi kaki daripada batu dan kotoran. (Brooks Transcend 4)

newton_gravity6_w_400
11. Tongue (Lidah)
Unjuran fabrik di bahagian tengah atas kasut yang memberikan perlindungan dan keselesaan di antara sistem ikatan tali kasut dengan kaki. (Newton Running Gravity 6)

sketchers_m_400
12. Sockliner
Pelapik stokin di bahagian dalaman kasut untuk keselesaan si pemakai. (Skechers Performance GoRun 5)

 

sport-insole-1pr-facing-down (1)
13. Insoles
Pengalas tapak kaki diperbuat daripada bahan foam. Ia yang biasanya boleh dipisahkankan daripada dalan kasut. Tujuannya untuk memberi kusyen tambahan, pembasmi bau dan stabiliti, bergantung kepada model kasut.

#jomkitalari

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!