Kuala Lumpur, 4 Oktober 2026 – Edisi ke-18 Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 melabuhkan tirainya hari ini dengan meriah di Dataran Merdeka, menghimpunkan seramai 43,800 peserta dari 53 negara yang membanjiri jalan-jalan utama ibu kota. Ezekiel Kemboi Dominasi Sengit Kategori Marathon Penuh Kategori Marathon Penuh dan Separuh Marathon yang berlangsung hari ini menyaksikan aksi sengit membabitkan pelari-pelari elit. …
Read More »lululemon Lancar Listening Lounge di Kuala Lumpur, Rai Komuniti Larian Menerusi Muzik dan Pergerakan
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2026 — lululemon dibawakan khas Listening Lounge ke Kuala Lumpur, sebuah ruang yang direka khusus buat para pelari untuk menenangkan minda sepanjang minggu perlumbaan serta menyelami minat larian mereka menerusi muzik, pergerakan dan semangat komuniti. Semua dijemput hadir untuk mempersonalisasikan sampul piring hitam (record sleeve) serta merakam kata-kata semangat bagi mendorong diri dan membawanya pulang sebagai …
Read More »Color The Night Run 2026: Larian Malam Penuh Warna Raikan Sedekad Ice-Watch
Putrajaya, 30 September 2026 — Dunia larian tempatan kembali digegarkan dengan pelancaran Color The Night Run 2026, edisi ulang tahun ke-10 Ice-Watch Night Run yang sinonim dengan semangat larian malam penuh warna. Sidang media pengenalan berlangsung di Time Zone, IOI City Mall, Putrajaya, menandakan satu dekad acara ini menjadi pentas komuniti pelari Malaysia. Sejak diperkenalkan, Ice-Watch Night Run bukan sekadar …
Read More »BMAI Lancar Kasut Perlumbaan Marathon GCARBON TURBO 4
Kuala Lumpur, 22 September 2026 – Jenama larian profesional BMAI memperkenalkan GCARBON TURBO 4, kasut perlumbaan marathon berplat karbon flagship terbaharu yang direka untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik. Mengangkat konsep “Speed That Flows, Bounce That Lasts”, GCARBON TURBO 4 menampilkan plat karbon penuh T1000 yang lebih berkuasa, digabungkan dengan busa superkritikal nilon BoomMAX Evonik yang dinaik taraf. Reka …
Read More »Lotus’s Ceria Charity Run 2026 Berjaya Mengumpul Rekod RM500,000
Ara Damansara, 28 September 2026 – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) semalam berjaya menganjurkan Lotus’s Ceria Charity Run (CCR’26) yang keempat, di Lotus’s Ara Damansara, yang menghimpunkan 5,000 peserta larian bagi menyokong pendidikan. Acara tahun ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk Program Sekolah SMART Up Lotus’s – PINTAR, iaitu jumlah tertinggi yang pernah direkodkan sejak larian amal …
Read More »Menakluki 118 Tingkat: Kisah Inspirasi Peserta The IHH Sky Race™ 2026
Semangat manusia tidak pernah mengenal usia atau batas. Tepat pada bulan kemerdekaan, seramai 7,887 peserta berkumpul untuk menakluki bangunan tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia dalam penganjuran The IHH Sky Race™. Mendaki 118 tingkat dengan 2,845 anak tangga bukan sekadar satu pencapaian fizikal, tetapi sebuah manifestasi daya tahan, kecekalan dan perpaduan rakyat Malaysia. Cabaran langkah demi langkah menuju …
Read More »LAC Malaysia Raikan Merdeka Menerusi Larian Pagi dan Sarapan Eksklusif Berinspirasikan Cita Rasa Malaysia
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2026 — Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, LAC Malaysia menganjurkan LAC Merdeka Morning Run pada 25 Ogos 2026 di Fin, Publika, yang menghimpunkan peserta untuk memulakan pagi dengan aktiviti fizikal bersama komuniti, diikuti sarapan berinspirasikan cita rasa Malaysia yang digabungkan dengan suplemen terpilih. Dianjurkan menerusi LAC Community, acara ini menghimpunkan peserta pada pagi cuti umum untuk meraikan …
Read More »guardian Lancar KL Women Running Festival 2026 untuk Memperkasa Kesejahteraan Wanita
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2026 – guardian Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap kesejahteraan wanita menerusi penganjuran sulung KL Women Running Festival (KLWRF) 2026, sebuah platform utama baharu yang menghimpunkan wanita untuk meraikan gaya hidup aktif, kesejahteraan dan semangat komuniti. guardian berbangga menyokong acara yang dijangka menarik lebih 8,000 peserta, sekali gus menjadikannya antara acara larian berfokuskan wanita terbesar di Malaysia. …
Read More »Garmin Berganding Dengan Izzati Suza Untuk Kempen Celebrates Lokal 2026
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2026 – Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Garmin Malaysia melancarkan kempen “Garmin Celebrates Lokal”, sebuah inisiatif yang meraikan semangat Malaysia melalui seni, pergerakan dan komuniti. Kempen ini menonjolkan kreativiti tempatan serta pengalaman unik rakyat Malaysia, sambil menggalakkan gaya hidup sihat dengan cara yang dekat di hati masyarakat. Kempen ini menggabungkan seni tempatan, kekuatan komuniti …
Read More »Tingkatkan Simpanan Anda Dengan Berlari: Sertai Alliance Bank KM TO RM Challenge 2026!
Bagi komuniti pelari—sama ada anda baru mula berjinak-jinak, pelari hujung minggu atau pelari maraton tegar—setiap kilometer yang anda tempuh pastinya membawa seribu satu makna buat kesihatan. Bagaimana jika setiap langkah itu juga boleh membantu meningkatkan simpanan anda? Kolaborasi hebat antara BiiB dan Alliance Bank kini memperkenalkan Alliance Bank KM TO RM Challenge 2026 — cabaran Run-to-Earn Savings pertama di Malaysia. …
Read More »