Home / Berita Terkini / lululemon Lancar Listening Lounge di Kuala Lumpur, Rai Komuniti Larian Menerusi Muzik dan Pergerakan

lululemon Lancar Listening Lounge di Kuala Lumpur, Rai Komuniti Larian Menerusi Muzik dan Pergerakan

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2026 — lululemon dibawakan khas Listening Lounge ke Kuala Lumpur, sebuah ruang yang direka khusus buat para pelari untuk menenangkan minda sepanjang minggu perlumbaan serta menyelami minat larian mereka menerusi muzik, pergerakan dan semangat komuniti. Semua dijemput hadir untuk mempersonalisasikan sampul piring hitam (record sleeve) serta merakam kata-kata semangat bagi mendorong diri dan membawanya pulang sebagai cenderamata eksklusif.

Perayaan Irama, Pergerakan dan Komuniti

Listening Lounge menawarkan sesi larian shake-out, yoga , latihan mobiliti dan terapi bunyi (sound bath) bagi membantu para tetamu menyegarkan semula tubuh dan minda. Para peserta juga boleh menikmati aneka sajian tempatan yang disediakan khas. Acara ini akan diserikan lagi dengan keraian afterparty yang menampilkan persembahan DJ daripada Viene dan Jessica Lim.

Sentuhan Personalisasi Eksklusif

lululemon turut memperkenalkan perkhidmatan personalisasi T-shirt di Listening Lounge menerusi koleksi reka bentuk terhad 2026 yang dihasilkan khusus untuk acara ini. Tetamu yang membuat pembelian T-shirt terpilih berpeluang menikmati perkhidmatan personalisasi secara percuma bagi memberikan sentuhan peribadi pada kit hari perlumbaan mereka. Di samping itu, perkhidmatan ukiran pingat (medal engraving) turut disediakan bagi meraikan perjalanan larian serta mengabadikan detik manis perlumbaan tersebut.

Sama ada pelari maraton berpengalaman mahupun peserta baharu, Listening Lounge menyediakan ruang untuk menyelami perasaan diri dan hadir sepenuhnya pada setiap detik.

  • Lokasi: Godown Arts Centre, 11 Lorong Ampang 7, off Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia 
  • Tarikh: 1–4 October 2026

Bersedia untuk menyelami pengalaman ini? Daftar di sini -> https://www.eventbrite.sg/o/lululemonmy-31897761203

Check Also

Menakluki 118 Tingkat: Kisah Inspirasi Peserta The IHH Sky Race™ 2026

Share this on WhatsApp Semangat manusia tidak pernah mengenal usia atau batas. Tepat pada bulan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!