Home / Artikel Menarik / PLOGGING – Trend Kecergasan Berlari Sambil Pungut Sampah

PLOGGING – Trend Kecergasan Berlari Sambil Pungut Sampah

plogging_malaysia_002

Anda mungkin tahu dan pernah melakukan aktiviti jogging. Tetapi tahukah anda apa itu plogging, satu trend kecergasan yang kini sedang tular di serata dunia?

Aktiviti plogging dikatakan berasal dari negara Sweden di mana istilah tersebut dicipta. “Plogging” datangnya dari ungkapan Swedish “plocka upp” yang bermaksud “mengutip”. Secara amnya, plogging adalah aktiviti berlari sambil mengutip sampah di sepanjang laluan larian.

Plogging menambahkan variasi pergerakan badan seperti membongkok, mencangkung dan meregang kepada aktiviti berlari.

plogging_malaysia_001

Aktiviti serampang dua mata ini bukan hanya bagus untuk mengatasi masalah gemuk tambun (obesity), malah ia juga bermanfaat untuk persekitaran. Persekitaran yang bebas sampah akan secara langsung akan membantu pencegahan banjir kilat dan mengurangkan pembiakan makhluk perosak seperti nyamuk dan tikus.

Untuk melakukan plogging, anda hanya perlu berpakaian lari seperti biasa, sebuah beg plastik dan sarung tangan (jika perlu). Orang ramai boleh mengikuti penggemar plogging di serata dunia melalui tanda pagar #plogging dan #plogger di Instagram atau Twitter.

plogging_malaysia_003

Plogging kini mula mendapat perhatian para pelari di Malaysia dengan penganjuran Plogging Run yang pertama di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Tiga puluh peserta mengambil bahagian dalam larian sejauh kira-kira 3km keliling tasik sambil mengutip sampah.

Antara sampah yang dikumpulkan adalah pembungkus makanan, cawan pakaibuang, styrofoam, kotak rokok, botol plastik, tin minuman dan banyak lagi.

plogging_malaysia_004

“Plogging adalah fitness trend berasal dari Sweden yang menggabungkan aktiviti larian dan mengutip sampah. Larian ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar sambil mengamalkan gaya hidup sihat.” – Rudy Irwan

Menurut penganjur Plogging Run, pelari ultramarathon Rudy Irwan, “Seramai 30 orang pelari telah menghadiri Plogging Run yang julung kali dianjurkan oleh BD Project di Taman Tasik Titiwangsa hari ini. Acara ini berjaya menarik penyertaan masyarakat pelbagai usia dan bangsa. Kami berjaya mengumpulkan hampir 50 beg plastik berisi sampah yang dikutip sekitar taman. BD Project akan menganjurkan larian seumpama ini di lokasi-lokasi lain yang difikirkan sesuai pada setiap bulan.”

“BD Project ialah sekumpulan pelari dari kawasan Lembah Klang yang sering melakukan aktiviti larian bersama-sama, sama ada sesi latihan mahupan acara larian di seluruh negara. BD Project buat masa ini ingin memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai tentang manfaat berlari sambil berbakti kepada masyarakat serta alam sekitar menerusi aktiviti plogging,” tambah Rudy.

Sebelum ini, Rudy turut melakukan plogging secara solo di lokasi seperti Kota Kinabalu, Bukit Gasing dan Kangar berjarak 5-10km di laluan trail dan jalanraya.

plogging_malaysia_005

Tahniah kami ucapkan kepada BD Project dan semua yang mengambil bahagian dalam Plogging Run yang pertama. Kami harap Plogging Run akan diadakan secara berterusan dan lebih ramai akan melakukan aktiviti ini, secara solo atau berkumpulan.

Untuk mengetahui aktiviti Plogging Run yang akan datang, sila ikuti https://www.facebook.com/jomkitalari

#JomKitaLari #JomKitaPlogging

 

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

One comment

  1. Menarik aktiviti ni selain dari menyihatkan badan dapat juga memelihara alam sekitar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!