Home / Berita Terkini / IRONMAN® Malaysia dan IRONMAN® 70.3® Langkawi Bakal Diadakan November Ini

IRONMAN® Malaysia dan IRONMAN® 70.3® Langkawi Bakal Diadakan November Ini

IMLangkawi70.3_Carousel1-min

Kuala Lumpur, 13 Mac 2017 – IRONMAN, sebuah anak syarikat Wanda Sports Holdings mengumumkan hari ini yang Pulau Langkawi bakal meneruskan peranannya sebagai tuan rumah kepada IRONMAN® Malaysia pada tahun 2017 dengan sokongan Malaysia Major Events.

IMMalaysia_Carousel1-min  

Pulau Tropika ini juga bakal menjadi lokasi untuk perlumbaan tambahan IRONMAN® 70.3® Langkawi. Kedua-dua acara ini akan berlangsung pada 11 November 2017.

IMLangkawi70.3_Carousel6-min

“Kami berasa amat gembira atas pengumuman ini kerana IRONMAN Malaysia telah menjadi acara utama di calendar perlumbaan triathlon Asia sejak beberapa tahun ini,” kata Geoff Meyer, Pengarah Urusan Asia untuk IRONMAN. “Kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada para peserta dan masyarakat tempatan, dana mat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan lebih ramai atlet ke destinasi hebat ini dengan perlumbaan tambahan IRONMAN 70.3 Langkawi.”

IMMalaysia_Carousel6-min

Para atlet bakal memulakan perlumbaan dengan berenang sejauh 3.8km di Pantai Kok yang terkenal dengan pasir putih dan air biru jernih yang menjadi sebahagian daripada Taman Geopark UNESCO Langkawi.

IMMalaysia_Carousel3-min

Perlumbaan diteruskan dengan berbasikal dua pusingan mengikut arah jam menuju ke Jalan Teluk Yu dari bahagian Barat Laut Langkawi, melewati jalan berbukit-bukau di kawasan Datai menuju ke Tenggara Langkawi.

IMLangkawi70.3_Carousel5-min

Para atlet berpeluang menikmati keindahan perkampungan tempatan sambil berbasikal.

IMMalaysia_Carousel5-min

Apabila tamatnya pusingan berbasikal kedua, para atlet akan meneruskan perlumbaan dengan berlari menyusur Pantai Kok menuju ke arah Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Laluan larian akan juga menampilkan keindahan Pantai Cenang sebelum ditamatkan di Meritus Pelangi Beach Resort and Spa, selepas dua pusingan.

IMLangkawi70.3_Carousel2-min     

IRONMAN 70.3 Langkawi bakal memberi peluang kepada para atlet untuk mencuba laluan perlumban yang sama tetapi dengan separuh jaraknya (1.9km renang, 90km berbasikal dan 21km lari).

IMMalaysia_Carousel4-min

Dengan adanya IRONMAN 70.3 Langkawi pada Sabtu, 11 November 2017, penganjuran IRONMAN 70.3 Putrajaya akan ditamatkan dalam tahun 2017.

IMMalaysia_Carousel2-min

Perlumbaan 2017 IRONMAN Malaysia dan 2017 IRONMAN 70.3 Langkawi adalah sebahagian daripada Siri Kelayakan Asia TriClub 2018.

Pendaftaran IRONMAN Malaysia, akan dibuka pada Isnin, 20 Mac 2017, di www.ironman.com/malaysia.

Pendaftaran IRONMAN 70.3 Langkawi, akan dibuka pada Selasa, 18 April 2017, di www.ironman.com/langkawi70.3.

Segala pertanyaan atlet boleh diajukan ke [email protected].

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!