Home / Artikel Menarik / 6 Makanan Penyebab Perut Meragam

6 Makanan Penyebab Perut Meragam

Man With Stomachache

Menurut pakar pemakanan sukan, Renee McGregor, kejadian perut meragam semasa acara perlumbaan boleh dielakkan dengan menghindari beberapa jenis makanan yang diketahui boleh merengsakan perut.

1 beri
1. Buah beri
Buah-buahan adalah kaya dengan serat, lebih-lebih lagi buah beri yang mudah terlebih makan. Raspberi mengandungi 8g serat dalam sajian seberat 125g berbanding dengan 3g dalam buah pisang.

2 sayur
2. Sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan serat yang tinggi. Janganlah makan terlalu banyak sebelum acara larian, lebih-lebih lagi sayuran dari famili brassica seperi brokoli, kobis, bunga kobis dan kale.

hot coffee
3. Kopi
Walaupun ramai pelari yang suka meminum kopi supaya lebih segar dan bertenaga sebelum berlari, ia meningkatkan asid di dalam perut dan bertindak sebagai pelawas dalam 30-40% orang ramai.

Fresh raw beef on cutting board
4. Daging Merah
Daging merah (lembu dan kambing) mempunyai kandungan lemak dan protein yang lebih tinggi daripada daging putih (ayam) dan ia mengambil masa yang lebih panjang untuk dihadam, dan mungkin menyebabkan perut meragam. Jadi, tunggu selepas larian untuk memakan steak!

5 Dried-Fruit
5. Buah-buah kering
Ia adalah sumber carbohidrat dan mineral, tetapi juga padat dengan kandungan serat walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Hati-hati dengan buah prune kering yang terkenal dengan sifat pelawas.

6 pedas
6. Makanan pedas
Hindari makanan yang merangsang pencernaan dan sukar dicerna, seperti makanan berminyak, bersantan dan pedas. Cili mengandung capsaicin, suatu zat yang tidak hanya memberikan rasa pedas pada makanan, tetapi juga boleh memanaskan dan merengsakan perut.

#jomkitalari

Sumber: Runner’s World

Check Also

Pengakuan Seorang Marathoner Kali Pertama – “Dulu Saya Pernah Cakap Orang Berlari Itu Gila dan Bodoh dan Hari Ini Saya Menjadi Sebahagian Dari Mereka!”

Share this on WhatsApp Jom kita baca kiriman pembaca #jomkitalari, Mus Ariffin tentang perjalanan marathon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!