Home / Artikel Menarik / Biodata: Zaidatul Husniah Zulkifli – Wanita Terpantas Malaysia

Biodata: Zaidatul Husniah Zulkifli – Wanita Terpantas Malaysia

zidatul

Kejayaan Zaidatul Husniah Zulkifli memecahkan rekod 100 meter milik G Shanti yang berusia 24 tahun dalam Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfontein, Afrika Selatan telah mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia belum mengenali atlet pecut kelahiran Pulau Pinang itu dan di sini disertakan biodata dan lima fakta ringkas mengenai dirinya:

Lima fakta ringkas Zaidatul Husniah Zulkifli

1 . Zaidatul Husniah lahir pada 20 Ogos 1993 – kira-kira tiga bulan selepas G Shanti mencipta rekod kebangsaan 11.50s di Kuala Lumpur (7 Mei 1993).

2. . Zaidatul mempunyai kakak kembar yang turut menyertai sukan olahraga, Zaidatul Husna.

3. Zaidatul Husniah pernah mewakili negara di temasya Sukan Olimpik di Rio 2016 menerusi tiket wild card.

4. Zaidatul Husniah mencatat kepantasan 12.12 saat pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik Rio tetapi gagal mengekalkan catatan itu pada aksi saringan pusingan pertama apabila sekadar mencatat 12.62s.

5. Zaidatul Husniah mencatat kepantasan 11.36s dalam Kejohanan AGN League 7, Pretoria, Afrika Selatan Sabtu lalu tetapi ia tidak diiktiraf sebagai rekod kebangsaan yang baharu kerana mendapat bantuan angin 2.5s.

Biodata:
Nama: Zaidatul Husniah Zulkifli
Tarikh lahir: 20 Ogos 1993 (24 tahun)
Asal: Pulau Pinang
Ketinggian: 1.56 meter
Berat badan: 40kg
Pendidikan: Pelajar ijazah Pendidikan Jasmani, Universiti Putra Malaysia (UPM)

zaidatul

Sumber: Berita Harian

Check Also

Reviu: SOUL Run Free Pro Bio – Jurulatih Dalam Telinga Anda

Share this on WhatsApp Jurulatih larian dalam telinga anda? Dengan fon telinga terbaru, RUN FREE …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!