
Bagi komuniti pelari tegar di Malaysia, nama Eliud Kipchoge bukan sekadar nama seorang atlet—beliau adalah simbol keazaman, disiplin, dan bukti bahawa “no human is limited”.
Kini, semangat lagenda marathon dunia itu dibawakan terus ke pergelangan tangan anda. Huawei melancarkan HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition, sebuah jam tangan pintar sukan premium yang dibina khusus untuk membantu anda memecahkan rekod peribadi (PB) dengan gaya dan teknologi elit.
Reka Bentuk Lagenda: Inspirasi daripada Eliud Kipchoge
Edisi Khas Racing Legend ini tampil memukau dengan tali jam anyaman yang menggabungkan warna biru, merah, putih, dan hijau. Kombinasi warna ini bukan sekadar hiasan kosmetik, tetapi ia melambangkan nilai-nilai teras yang dipegang oleh Kipchoge dalam setiap lariannya: disiplin, semangat, kepercayaan, dan ketabahan.
Bukan itu sahaja, jam ini direka dengan Slim Design berasaskan Titanium gred aeroangkasa. Dengan berat badan jam sekitar 34.5 gram sahaja, ia sangat ringan untuk hayunan tangan yang maksimum, namun kekal lasak untuk menempuh larian jarak jauh yang ekstrem.

Ciri Padu untuk Pemburu Personal Best (PB)
Jam tangan ini padat dengan ekosistem penjejakan larian paling maju daripada Huawei:
- Ultra-Precision Positioning: Menggunakan seni bina antena terapung 3D (3D Floating Antenna) yang revolusioner. GPS dwi-jalur ini memastikan jejak laluan, jarak, dan rentak (pace) anda kekal tepat walaupun anda sedang berlari di celah-celah bangunan tinggi bandaraya atau laluan berpokok tebal.
- Running Ability Index (RAI) & Training Camp Dashboard yang dipertingkatkan, membolehkan pelari memahami tahap prestasi mereka dengan lebih mendalam, menjejak perkembangan secara tepat dan mengoptimumkan intensiti latihan. Ia menjadikan setiap sesi larian lebih berfokus dan berkesan untuk persediaan perlumbaan.
- ECG & Pulse Wave Arrhythmia Analysis: Kesihatan jantung adalah keutamaan bagi pelari jarak jauh. Ciri analisis ECG dan amaran aritmia ini membantu anda memantau ritma jantung dan pemulihan (recovery) selepas latihan berintensiti tinggi.
Ketahanan Bateri Luar Biasa
Tiada lagi kebimbangan bateri “kong” di tengah-tengah laluan marathon. HUAWEI WATCH GT Runner 2 menyokong Ultra-long Battery Life yang mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan ringan, atau sehingga 32 jam berterusan dengan mod penjejakan GPS luar talian diaktifkan sepenuhnya.
Sama ada anda pengguna tegar Android mahupun iOS, jam ini menawarkan sambungan lancar menerusi aplikasi HUAWEI Health untuk memastikan anda mendapat ekosistem larian yang lengkap tanpa had.

HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition kini boleh dimiliki pada harga runcit disyorkan RM1,499 (RRP).
Bagi setiap pembelian sekarang, anda bakal menikmati Hadiah Percuma bernilai sehingga RM491*! Jangan tunggu lagi, bawa semangat lagenda Kipchoge ke sesi latihan anda yang seterusnya dan lari tanpa batas.
Selain memperkenalkan HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition, Huawei Malaysia turut melancarkan barisan peranti pintar terbaharu yang diterajui oleh HUAWEI MatePad Pro Max, bersama HUAWEI nova 15 Max dan HUAWEI WATCH KIDS X1 Series.
Kesemua produk ini menegaskan visi Huawei dalam membina ekosistem pintar yang saling terhubung, menyokong produktiviti, kreativiti, hiburan dan gaya hidup aktif di setiap peringkat kehidupan. Pelancaran ini juga membuktikan komitmen Huawei untuk terus memperluas portfolionya, memenuhi keperluan berbeza pengguna sambil menawarkan pengalaman lebih pintar dan lancar merentas semua peranti.

HUAWEI MatePad Pro Max
HUAWEI MatePad Pro Max ialah tablet premium bersaiz besar yang direka untuk menggantikan fungsi komputer riba dalam kerja, pembelajaran dan penciptaan kandungan kreatif. Ia hadir dengan skrin 13.2-inci 3K Flexible OLED PaperMatte Display berbingkai ultra-nipis dengan nisbah skrin-ke-badan 94%, serta teknologi anti-silau nano-level etching yang mengurangkan keletihan mata dan meningkatkan ketajaman untuk penggunaan jangka panjang.
Bagi produktiviti, ia dilengkapi aplikasi WPS Office bertaraf PC berkuasa AI, dan apabila digandingkan dengan HUAWEI Glide Keyboard serta HUAWEI M-Pencil Pro, tablet ini bertukar menjadi stesen kerja mudah alih yang berkuasa dan serba boleh.
Pra-pesanan HUAWEI MatePad Pro Max bermula daripada RM5,999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,154, termasuk M-Pencil Pro, tetikus HUAWEI, akses WPS AI, waranti APAC 1 tahun, dan perlindungan skrin PaperMatte Care selama 1 tahun untuk 2 kali penukaran.

HUAWEI nova 15 Max
HUAWEI nova 15 Max ialah telefon pintar kelas pertengahan bergaya dengan reka bentuk slim dalam warna Blush Gold dan Golden Black. Ia dikuasakan bateri besar 8,500mAh bersama cip Kirin 8000 untuk ketahanan penggunaan sepanjang hari.
Telefon ini menampilkan skrin 6.84-inci OLED Eye Comfort dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan sehingga 4000 nits, serta sistem audio stereo simetri sehingga 85dB untuk pengalaman hiburan lebih imersif. Dari segi fotografi, ia dilengkapi kamera utama 50MP RYYB Ultra-Clear, manakala aspek ketahanan disahkan dengan penarafan SGS 5-star Drop Resistance, rintangan bengkok dipertingkat dan perlindungan IP65 kalis air serta debu.
Ciri pintar AI Smart Control membolehkan akses pantas ke aplikasi kegemaran — ketukan dua kali mengaktifkan alatan AI seperti Gemini, manakala tekanan lama memberi pintasan ke aplikasi seperti WhatsApp dan TNG eWallet.
HUAWEI nova 15 Max boleh dibeli bermula hari ini pada harga RM1,699 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM827, termasuk rebat RM200, HUAWEI Band 10, dan lain-lain.

Siri HUAWEI WATCH KIDS X1
Siri HUAWEI WATCH KIDS X1 ialah jam tangan pintar keluarga pertama Huawei yang menekankan hubungan, keselamatan anak-anak dan ketenangan minda ibu bapa. Ia hadir dengan skrin AMOLED 1.82-inci, kamera HD depan dan belakang dengan reka bentuk boleh tanggal serta berpusing, manakala model X1 Pro dilengkapi kamera standalone.
Rekaannya berkonsepkan robotik mecha-inspired, dengan X1 ditawarkan dalam warna Pink dan Biru, manakala X1 Pro dalam warna Hitam dan Ungu. Siri ini turut dilengkapi fungsi pengesan lokasi masa nyata dan alat komunikasi selamat, membolehkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dengan lebih mudah.

HUAWEI WATCH KIDS X1 Pro dijual pada harga RM1,599 manakala HUAWEI WATCH KIDS X1 dijual pada harga RM999. Kedua-duanya kini dibuka untuk pra-pesanan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM808, termasuk langganan 1 tahun HUAWEI Care+ dan 1 tahun waranti APAC.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, atau ikuti Facebook atau Instagram HUAWEI.
