Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, kami kongsikan di sini satu resepi hidangan sahur berkhasiat dan mudah disediakan yang boleh anda cuba.
ROTI BERINTI KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
Bahan-bahan
Untuk inti:
2 sudu besar minyak
1 biji bawang, dicincang halus
3 sudu besar serbuk kari
300 g daging cincang
2 sudu besar Sos Lada Hitam Kimball
2 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 ½ cawan sayur campur sejuk beku
Garam, secukup rasa
2 biji telur, dipukul
Untuk roti:
3-4 sudu besar minyak
1 buku roti sandwic
4 biji telur
1 sudu besar susu pekat
½ sudu teh garam
1 cawan air
½ cawan Sos Cili Kimball
Cara memasak:
1) Panaskan minyak, tumis bawang sehingga lembut atas api sederhana selama 5 minit. Tambah serbuk kari dan daging cencang. Masak selama 10 minit atau sehingga daging berwarna perang. Tambah Sos Lada Hitam Kimball, Sos Tomato Kimball dan sayur campur. Masak lagi 10 minit. Perasa dengan garam. Tuang ke dalam pinggan hidang. Bila sejuk, campur dengan telur.
2) Sapu inti di atas sekeping roti dan lapis dengan sekeping roti lain seperti sandwic. Pukul telur, susu, garam dan air. Kemudian, celup roti sehingga serata.
3) Panaskan minyak dalam kuali leper atas api sederhana dan goreng sandwic secara bergilir. Jarakkan roti anggaran 2 sm. Bila sudah berwarna perang keemasan, terbalikkan. Angkat dan hidang semasa panas dengan Sos Cili Kimball.
Resepi ihsan: Kimball