Home / Artikel Menarik / 10 Cara Menghadapi Serangan Anjing Ketika Berlari

10 Cara Menghadapi Serangan Anjing Ketika Berlari

anjing garang

Jika dikejar anjing ketika berlari, perlahankan langkah dan berhenti. Anda perlu bertenang dan cuba elakkan konfrontasi dengan anjing tersebut. Pelatih anjing Kirsten Dillon (companyofanimals.co.uk) memberikan beberapa tips berguna di bawah. Jom kita baca…


Empat perkara yang harus dilakukan…

Ambil kawalan
Gunakan suara memerintah yang kuat, tegas, dan penuh yakin untuk menyuruh anjing tersebut berundur.

Gerakkan badan ke posisi mengiring
Peluk tubuh dan leher serta berdiri tegak. Jangan bergerak. Pada lazimnya, anjing akan hilang minat jika anda tidak berinteraksi dengannya.

Beredar dengan perlahan-lahan
Bila anjing mula kelihatan kurang agresif, beredar secara mengiring dengan perlahan tanpa membuat pergerakan yang mengejut. Jangan pusing dan membelakangi anjing tersebut. .

Jika anda terjatuh, gumpalkan tubuh anda
Jika anjing menyerang, gumpalkan badan anda seperti bola. Gunakan tangan dan lengan untuk lindungi bahagian-bahagian vital seperti muka, leher dan telinga. Tahan keinginan untuk menjerit atau meronta-ronta kerena tindakan tersebut akan membuat anjing semakin bernafsu.


Empat perkara yang tidak harus anda lakukan…

Jangan berlari
Anjing mempunyai naluri merburu untuk mengejar dan menangkap mangsanya. Kebanyakan anjing suka bermain dan mengejar benda-benda yang bergerak sebagai “ganjaran”. Jika anda berhenti berlari, ia akan hilang minat dan tidak akan terus mengejar.

Jangan menjerit
Elakkan suara pitch tinggi yang akan merangsangkan sifat agresif anjing.

Jangan bertentang mata
Pandangan mata yang menampakkan ketakutan atau ancaman akan mencetuskan serangan. Sebaliknya, perhatikannya dari hujung mata anda.

Jangan bertindak agresif
Tindakan memukul dan menendang anjing akan membuatkan ia lebih berang dan bertindak lebih ganas.


Jika digigit?

Jika anda terkena gigitan…

Buat laporan
Jika anda dikejar atau diserang anjing, buat laporan polis terhadap pemiliknya.

Dapatkan rawatan
Dapatkan rawatan yang segera di hospital/ klinik berdekatan.

Sumber: Runner’s World

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!