Home / Berita Terkini / PFC STUDIO Kini Pengedar Eksklusif Produk SANCTBAND ACTIVE MALAYSIA

PFC STUDIO Kini Pengedar Eksklusif Produk SANCTBAND ACTIVE MALAYSIA

sancband_002

Kuala Lumpur, 25 Mei 2017 – Sancband Active melantik PFC Studio sebagai pengedar eksklusifnya di Malaysia. Sejak tahun 2002, Sanctband Active Malaysia telah membekalkan gelung rintangan (resistive band) untuk latihan rintangan dan pasca-rehabilitasi.

sancband_004

“Kami percaya PFC Studio mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk melonjakkan lagi jenama Sanctband di pasaran Malaysia kerana fokus mereka adalah pendidikan kecergasan, latihan peribadi, prestasi sukan, dan pasca-rehabilitasi “, kata Darren Wee, Ketua Pemasaran Sanctband Active.

sancband_005

Gelung rintangan adalah satu alat yang versatil dan boleh digunakan oleh segenap lapisan masyarakat untuk membina otot-otot atau menyembuhkan kecederaan. Ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja, tanpa perlu pergi ke gimnasium. Gelung rintangan ini boleh didapati dalam pelbagai tahap elastik, bergantung kepada tujuan penggunaannya.

sancband_006

Salah satu sebab mengapa produk Sanctband Active Malaysia menjadi pilihan ramai kerana ia bebas daripada serbuk pelincir yang biasanya terdapat pada jenama gelung rintangan yang lain. Serbuk pelincir tersebut digunakan untuk mengelakkan getah daripada melekat dan boleh menyebabkan kesan rengsa kepada kulit.

sancband_007

Dalam majlis penumuman PFC Studio sebagai pengedar eksklusif Sanctband Active Malaysia, sebuah bengkel senaman postur dengan menggunakan gelung rintangan telah dianjurkan di studio PFC yang terletak di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

sancband_009

Untuk maklumat lanjut www.pfc.my and www.facebook.com/pfcmalaysia

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!