Home / Berita Terkini / Acara ZUMBA Terbesar anjuran Watsons Malaysia Kembali Lagi!

Acara ZUMBA Terbesar anjuran Watsons Malaysia Kembali Lagi!

watsons_zumba_001

Kuala Lumpur, 23 Mei 2017 – Pesta Zumba tahunan besar-besaran “Move Your Body” anjuran Watsons Malaysia bakal kembali pada 21 Oktober 2017 di Sunway Lagoon Surf Beach Malaysia. Dianjurkan buat kali keempat, acara ini adalah sebahagian daripada kempen #GETACTIVE anjuran Watsons Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkangaya hidup yang cergas dan sihat.

watsons_zumba_003

Duta Watsons #getactive, Kit Mah juga bakal membuat penampilkan khas di dalam acara tersebut.

Tahun lepas, Watsons Move Your Body Zumba berjaya menarik lebih 5,360 peserta Zumba dala pesta yang bertemakan “glow in the dark”. Tahun ini Watsons Malaysia menyasarkan 10,000 peserta Zumba untuk berpesta dengan juru Zumba antarabangsa dan DJ-DJ Malaysia terhebat.

watsons_zumba_004

Penari selebriti, Dennis Yin bakal menghoskan acara Zumba tersebut.

watsons_zumba_006

Pesta Zumba akan diterajui oleh tiga juru Zumba antarabangsa iaitu Richard Gormley dari Canada, Nana dari South Korea dan Henry Cendeno dari Amerika Syarikat.

watsons_zumba_005

Pesta Zumba juga akan dirancakkan oleh putaran lagu-lagu oleh DJ tempatan yang popular seperti Chukiess & Whackboi dan DJ Leng Yein.

Penggemar Zumba dan ahli VIP Watsons boleh mendapatkan tiket pesta pantai Zumba dengan harga RM98 di semua kedai Watsons di Lembah Kelang dan Seremban, atau secara online mulai 1 Jun 2017.

watsons_zumba_007

Ahli VIP Watsons dan pelanggan boleh mendapatkan diskaun 20% daripada harga tiket Move Your Body Zumba 2017 dengan pembelian produk-produk yang mengambil bahagian iaitu:

Ammeltz Yoko Yoko, Bausch & Lomb, Berocca, Blackmores, Blink, Brands, Bye Bye Fever, Cebion, Cetaphil, Champs, Ebene, Essentiale, Flavettes, Gaviscon, Horleys, Kinohimitsu, Kordel’s, McDavid, Naturalle, NH Detoxlim, NH Nutri, Grains, OptiFree, Pharmaton, Proviton, Redoxon, Salonpas, Sanctband, Scholl, Scott’s, Total Image, Watsons Brand vitamin C.

watsons_zumba_002

Untuk maklumat lanjut sila layari www.watsons.com.my/move-your-body

Check Also

Eliud Kipchoge Bakal Bersaing dalam Acara 10K di Amazing Thailand Marathon Bangkok Disember ini

Share this on WhatsApp Tahukah anda Eliud Kipchoge, pelari marathon legenda bakal kembali ke dunia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!