Berlari di bulan Ramadan adalah mencabar, tetapi bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Di bulan yang mulia ini, ramai yang menumpukan lebih perhatian kepada berpuasa dan ibadat, tetapi jika anda adalah seseorang yang tidak boleh berhenti berlari, anda boleh mengubah rutin latihan untuk kekal fit walaupun berpuasa.
Jom kita baca 10 tips untuk berlari di bulan Ramadan.
1. Hidrasi
Minum dengan banyak pada malam sebelumnya. Pastikan anda minum secukupnya ketika bersahur agar dapat bertahan seharian dan untuk larian waktu petang.
2. Masa itu penting
Cuba rancang agar larian tamat sejurus sebelum waktu berbuka puasa. Dengan itu anda boleh minum dan makan ala kadar selepas habis berlari.
3. Kurangkan intensiti
Jangan lakukan senaman yang ekstrem . Kurangkan intensiti dan jarak larian ke tahap minima.
4. Ambil jalan mudah
Elakkan laluan berbukit. Gunakan laluan yang rata agar tidak membebankan badan anda ketika berpuasa.
5. Berpakaian sesuai
Dalam cuaca yang panas, pakai pakaian longgar, telus udara dan ringan agar badan tidak overheated.
6. Berehat sebentar!
Give yourself a break! Jangan malu untuk berjalan atau berehat sebentar apabila penat berlari. Cukup sekadar keluar peluh.
7. Rancang lebih awal
Buat perancangan berbuka puasa lebih awal agar anda dapat berehat dan tidak tergesa-gesa mencari makanan pada saat-saat akhir.
8. Air adalah BFF
Jadualkan masa berlari untuk tamat sejrus sebelum masa berbuka. Bawa botol air yang besar ke masjid untuk solat Terawih. Minum sedikit demi sedikit untuk kekalkan hidrasi sehingga lewat malam.
9. Jom kita berbuka
Makanan selepas larian harus mengandungi protein dan karbohidrat. Pastikan anda minum air atau jus buah-buahan segar. Makanan seperti buah tamar, telur, kekacang, pasta dan daging adalah sesuai untuk berbuka puasa selepas berlari.
10. Pejamkan mata
Akhir sekali, dapatkan tidur yang mencukupi sebelum dan selepas sesi berlari. Badan anda perlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang hilang di siang hari.
Sumber: mvslim.com