Home / Artikel Menarik / Pelari Top Negara Bakal Beraksi di Standard Chartered KL Marathon

Pelari Top Negara Bakal Beraksi di Standard Chartered KL Marathon

SCKLM2016_Malaysian Men's Podium - Jironi, Muhaizar and Leo (1)

Acara lumba marathon terbesar di Malaysia, Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) 2017 bakal menjanjikan persaingan yang sengit di antara pelari-pelari marathon hebat negara. Selain daripada membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan, juara acara tersebut juga berpeluang untuk menempah tempat sebagai wakil negara ke Temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur Ogos ini.

Jom kita kenali pelari-pelari top negara yang bakal ke garisan permulaaan SCKLM pada 21 Mei ini!

Muhaizar Mohamad
Muhaizar Mohamad

Pelari ranking #1, Muhaizar Mohamad bakal kembali untuk mempertahankan gelaran juara kategori Full Marathon – Lelaki Malaysia di SCKLM 2017. Sasaran Muhaizar adalah untuk memperbaharui rekod peribadi terbaik (PB) 2:39:24 di SCKLM tahun lepas.

Q: Apakah amalan pra-perlumbaan anda?
A: Saya akan berehat dan tidak membuat aktiviti berat sehari sebelum perlumbaan.

Q: Apakah yang selalu anda fikirkan ketika berlari?
A: Saya menumpukan perhatian untuk berlari dengan baik, kawal tubuh dan minda agar bebas dari tekanan. Saya juga bukakan minda dan menikmati larian.

Q: Apakah makanan “cheat meal” kegemaran anda?
A: Saya suka makan makanan pedas seperti kari jika tarikh perlumbaan masih jauh di depan.

Q: Apakah faktor yang paling anda suka tentang berlari?
A: Bila saya berlari, saya fokus untuk melakukan yang terbaik bagi memperbaiki rekod peribadi sebelum ini dan juga menikmati larian sehingga ke garisan penamat.

Q: Apakah nasihat kepada pelari yang akan menyertai Standard Chartered KL Marathon buat kali pertama?
A: Buat latihan setiap hari dan jaga makan sehingga hari perlumbaan. Sebelum memulakan larian, jangan lupa membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan untuk mengelakkan kecederaan.

 

Mohd Jironi Riduan
Mohd Jironi Riduan

Mohd Jironi bukanlah nama baru untuk Sukan SEA. Beliau pernah menggondol pingat emas dalam acara larian jarak sederhana 800m dan 1500m. Beliau mencatatkan masa 2:39:58 dalam acara marathon pertamanya di SCKLM 2016.

Q: Apakah amalan pra-perlumbaan anda?
A: Saya pastikan tidur yang cukup seminggu sebelum hari perlumbaan. Membuat playlist lagu untuk berlari kegemaran saya. Memilih pakaian yang selesa – saya selalu berlari dengan kemeja-T berwarna hitam dan putih. Membuat persediaan spiritual seperti proses visualisasi atau mental rehearsal. Seminggu sebelum perlumbaan – eating breakfast like a king, lunch like a queen, and dinner like a princess.

Q: Apakah yang selalu anda fikirkan ketika berlari?
A: Pergerakan kaki, tangan (arm swing) dan fokus pada pace larian.

Q: Apakah makanan “cheat meal” kegemaran anda?
A: Spaghetti bolognese, pasta, nasi ayam, sushi, kek red velvet & cokelat, kopi latte atau kosong.

Q: Apakah faktor yang paling anda suka tentang berlari?
A: Mencabar diri saya untuk rekod peribadi terbaik yang baru.

Q: Apakah nasihat kepada pelari yang akan menyertai Standard Chartered KL Marathon buat kali pertama?
A: Untuk pelari yang menyertai SCKLM untuk kali pertama, jaga kesihatan dan kecergasan.

 

Tan Huong Leong
Leo Tan Huong Leong

Salah satu pelari kegemaran dalam SCKLM, Tan Huong Leong, atau lebih mesra dengan panggilan Leo, telah mencipta rekod peribadi terbaik di 2017 Tokyo Marathon dengan catatan masa 2:28:19.

Q: Apakah amalan pra-perlumbaan anda?
A: Saya tidak mempunyai pre-race ritual. Saya cuma pastikan masa berehat dan tidur mencukupi sebelum hari perlumbaan.

Q: Apakah yang selalu anda fikirkan ketika berlari?
A: Saya akan tumpukan perhatian kepada postur, pace dan buat yang terbaik.

Q: Apakah faktor yang paling anda suka tentang berlari?
A: Mendapat kawan baru.

Q: Apakah nasihat kepada pelari yang akan menyertai Standard Chartered KL Marathon buat kali pertama?
A: Seelok-eloknya dapatkan khidmat jurulatih profesional sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum perlumbaan. Buat yang terbaik. Jia yu!
 

Senarai penuh peserta-peserta Standard Chartered KL Marathon boleh didapati DI SINI.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!