
Kuala Lumpur, 19 Mei 2026 – Huawei Malaysia secara rasminya telah melancarkan barisan peranti boleh pakai terbaharu mereka menerusi kempen “Now Is Your Spark”. Menerajui pelancaran kali ini sudah tentulah HUAWEI WATCH FIT 5 Series – sebuah jam tangan pintar berbentuk segi empat ikonik yang kini dinaik taraf sebagai ‘senjata’ wajib buat peminat sukan dan atlet moden tanah air. Turut dilancarkan bagi melengkapkan ekosistem gaya hidup aktif premium ialah HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dan fon telinga open-ear HUAWEI FreeClip 2 Berry Purple.

Sukan Raket & Aktiviti Ekstrem? Siri WATCH FIT 5 Sedia Mengganas
Bagi penggemar sukan, siri ini dibina khusus untuk melonjakkan prestasi latihan anda. Huawei memperkenalkan analisis prestasi bertaraf profesional untuk sukan raket popular melalui ciri Goodshot (Badminton), PickleX (Pickleball), dan Tennix (Tenis).
Bukan itu sahaja, bagi varian WATCH FIT 5 Pro, ia padat dengan mod sukan luar berprestasi tinggi termasuk larian denai, golf, navigasi laluan, metrik berbasikal masa nyata, serta keupayaan selam bebas sehingga kedalaman 40 meter. Buat ‘kaki golf’, jam ini turut dilengkapi dengan peta padang golf digital yang meliputi lebih 17,000 lokasi di seluruh dunia! Bagi yang kesuntukan masa untuk ke gim, terdapat lebih 30 gerakan senaman mini untuk 10 bahagian tubuh yang dibimbing secara interaktif oleh maskot panda Huawei, menjadikan sesi workout ringkas anda lebih menyeronokkan.
Spesifikasi Padu & Paparan Jelas Di Bawah Sang Suria
Siri ini hadir dengan dua pilihan saiz paparan yang sangat mesra atlet luar (outdoor). Model asas dilengkapi skrin 1.82 inci, manakala model Pro tampil dengan skrin 1.92 inci bersama bingkai ultra-nipis dan kecerahan ekstrem sehingga 3,000 nits – memastikan data larian atau berbasikal anda kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Dari segi ketahanan, varian Pro menggunakan bezel aloi titanium gred aeroangkasa dan kaca nilam 2.5D, manakala edisi warna White menampilkan teknologi Aerospace-Grade Nanoceramic Metal yang sangat lasak. Menariknya, tali edisi Silver diperbuat daripada hampir 100% nilon kitar semula yang mempunyai ciri antibakteria dan kalis air, sangat ideal untuk menangani peluh ketika beraksi di gelanggang.

Pemantauan Kesihatan Tahap Standard Perubatan
Huawei membawa dimensi baharu dalam pengurusan kesihatan pencegahan sukan. WATCH FIT 5 Pro menjadi jam tangan pintar pertama di Malaysia yang memperkenalkan Kajian Risiko Diabetes tanpa invasif (tanpa jarum) melalui analisis isyarat vaskular berasaskan PPG.
Untuk memastikan jantung atlet sentiasa berada pada tahap optimum, ia turut dilengkapi dengan pemantauan ECG dan Analisis Nadi Arrhythmia (diperakui CE dan MDA), pengesanan kekakuan arteri, analisis HRV, pemantauan tidur TruSleep 5.0, serta penjejakan kesejahteraan emosi.

Kolaborasi Bersama Majlis Sukan Negara (MSN)
Sebagai bukti sokongan padu terhadap industri sukan tanah air, Huawei Malaysia mengukuhkan komitmen mereka dengan bekerjasama bersama Majlis Sukan Negara (MSN). Menerusi platform pengiktirafan berprestij seperti Anugerah Sukan Negara (ASN), Huawei bakal menyumbangkan peranti pintar utama mereka kepada atlet-atlet elit negara terpilih sebagai tanda penghargaan atas keringat dan kejayaan mereka mengharumkan nama Malaysia.
Kemudahan Harian & Ketahanan Bateri Juara
Jam tangan pintar ini serasi dengan peranti iOS dan Android, menawarkan jangka hayat bateri raksasa sehingga 10 hari, storan dalaman 64GB, serta menyokong pembayaran QR Touch ‘n Go – memudahkan anda membeli minuman tenaga selepas tamat sesi larian tanpa perlu membawa dompet.

Info Harga & Pra-Tempahan Siri WATCH FIT 5:
- Harga Runcit (RRP): Bermula RM799.
- Tawaran Awal: Baucar diskaun sehingga RM150 kini tersedia di semua HUAWEI Experience Store, Laman Web Rasmi, Shopee, Lazada, dan TikTok Huawei.
- Hadiah Eksklusif (Bernilai sehingga RM585): Termasuk HUAWEI FreeBuds SE 2, jaminan APAC 1 tahun, 3 micron keahlian HUAWEI Health+, dan 1 bulan keahlian HUAWEI Watch Face.
Pelengkap Premium: Siri Ultimate & Audio Terbuka

HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition (RM17,999): Jam tangan pintar ultra-mewah hasil kolaborasi bersama pereka barang kemas antarabangsa, Francesca Amfitheatrof. Dihiasi 99 berlian asli dan kaca nilam potongan berlian, ia direka untuk atlet korporat yang mahukan peralihan gaya lancar dari padang golf ke dewan acara rasmi. Didatangkan dengan hadiah premium bernilai sehingga RM5,143.

HUAWEI FreeClip 2 Berry Purple (RM699 selepas rebat): Fon telinga open-ear dengan rekaan Airy C-Bridge yang sangat ringan. Sangat sesuai untuk pelari atau pejalan kaki kerana ia memberikan audio yang imersif sambil memastikan telinga anda peka dengan bunyi persekitaran (safety first!). Pembelian turut disertakan dengan hadiah eksklusif bernilai RM248 termasuk perlindungan kehilangan selama setahun.
Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI WATCH FIT 5 Series, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dan HUAWEI FreeClip 2 in Berry Purple, sila layari HUAWEI Official Website atau ikuti laman media sosial rasmi HUAWEI Facebook atau Instagram.
