adidas memperkenalkan model kasut terbaharunya dalam rangkaian PureBOOST yang dilancarkan awal tahun ini iaitu PureBOOST DPR – rekaan berinovasi untuk mendekatkan pelari kepada larian bandar. Dicipta khas buat pelari yang tidak gentar untuk menghadapi apa jua persekitaran urban yang mencabar, rekabentuk kasut yang canggih dan adaptif turut menampilkan kombinasi teknologi BOOST kemegahan adidas dengan ‘heel-to-toe offset 8mm‘ baharu. Ia berfungsi mewujudkan satu platform BOOST semulajadi untuk menyerap dan membebas tenaga secara berkesan setiap kali tapaknya menyentuh tanah.
Dalam proses merekacipta PureBOOST DPR, adidas menilai secara teliti setiap keperluan setiap pelari kota dan memastikan rekaan kasut adalah sedinamik yang mungkin dan boleh menyesuaikan diri mengikut keadaan jalanan di kota yang misalnya untuk mengelak trafik dan menelusuri laluan yang dipenuhi pejalan kaki.
Stephan Schneider, Pengurus Produk, adidas Global Running berkata: “Di seluruh dunia, pelari-pelari asyik menerokai bandaraya dan menonjolkan kreativiti masing-masing dengan laluan yang dipilih dan cabaran yang mereka sahut. Ini mendorong kami untuk mencipta khusus sepasang kasut larian untuk pelari sebegini, dengan idea untuk mewujudkan pengalaman larian yang lebih adaptif. Ini telah membawa kepada rekabentuk ‘heel-to-toe offset 8mm’, yang apabila dipadankan dengan teknologi BOOST, berupaya mendekatkan tapak kaki pemakai kepada jalan raya.”
Ciri-ciri utama kasut ini merangkumi:
- Kait pekeliling sekeping bahagian atas kasut – Diuji dengan teknologi Aramis untuk padanan boleh suai dan tanpa kelim, ia menutupi seluruh bahagian tengah tapak kaki (midfoot) dari dalam sehingga ke luar. Ini sekaligus menjamin keselesaan pemakainya pada setiap masa tidak kira laluan dan rintangan yang ditempuhi.
- Sistem kaunter padanan tumit – direka untuk menambahbaik sokongan terhadap tapak kaki dan tumit, sekaligus menjadikan pergerakan lebih selesa dengan kasut yang dipakai.
- Bahagian depan kaki yang lebih luas – menyediakan satu platform stabil yang membantu pemakainya menyesuaikan diri di ketika berlaku peralihan pergerakan apabila berlari di pelbagai jenis permukaan jalan dan sudut jalan bandaran.
- Tapak luar Stretchweb – menjamin rentak larian yang lebih lancar dan fleksibel, bergabung secara berkesan dengan BOOST untuk menyerlahkan sepenuhnya potensi seseorang pelari itu.
- BOOST – Pengkusyenan lembut dan selesa yang ultra-responsif bertindak menyimpan dan membebaskan tenaga secara cekap setiap kali kaki menghentak ke tanah.
adidas PureBOOST DPR boleh didapati melalui laman shop.adidas.com.my dan kedai-kedai mulai 18 Mei pada harga runcit yang disyorkan RM699 sepasang.
Sertai perbincangan mengenai @adidasrunning di Instagram, Twitter dan Facebook dengan menggunakan #PureBOOST.