Puma Night Run kembali lagi buat kali keempat tahun ini. Acara anjuran Puma Malaysia ini bakal berlangsung di lokasi baru di Cyberjaya. Dengan habuan bernilai RM16,500 untuk dimenangi, larian malam yang popular ini menyasarkan 12,000 pelari tahun ini.
PUMA Night Run 2017 bakal menampilkan dua kategori jarak iaitu larian ceria 6KM dan perlumbaan 12KM untuk pelari-pelari kompetitif.
Yuran pendaftaran PUMA Night Run Malaysia 2017 adalah RM 119 untuk 12KM dan RM 89 untuk 6KM (Semua harga tidak termasuk GST). Setiap peserta bakal menerima Kit Larian PUMA yang mengandungi kemeja-T PUMA Night Run, tuala PUMA, beg kasut PUMA, pingat penamat (akan diberikan selepas larian) dan hadiah tajaan yang lain. Selain daripada itu, PUMA akan membekalkan tali kasut “glow in the dark”, LED arm bands dan glow stick untuk memeriahkan lagi acara larian tersebut.
PUMA terkenal sebagai peneraju dalam larian malam di mana ia telah memperkenalkan Puma Night Run dalam tahun 2014 sebagai satu platform untuk pelari dari pelbagai lapisan masyarakat bagi menikmati larian sambil berhibur dengan suasana karnival dan persembahan pentas. Larian tahun ini akan menampilkan penghibur Singapura Gen Neo dan penyanyi lelaki tempatan, Black.
Pendaftaran PUMA Night Run Malaysia 2017 kini dibuka di www.puma-nightrun.com.my.
PERADUAN:
#JOMKITALARI dan Puma Malaysia ingin mengajak empat (4) pelari untuk menikmati Puma Night Run 2017 di Cyberjaya. Sertailah peraduan mudah ini dengan tiga langkah di bawah:
1) Sila LIKE https://www.facebook.com/jomkitalari/
2) Lengkapkan ayat ini – Saya suka berlari di waktu malam kerana… (tidak melebihi 50 patah perkataan)
3) Hantarkan jawapan anda melalui emel ke [email protected] dengan subjek emel “#JOMKITALARI PUMA NIGHT RUN“. (sertakan NAMA PENUH, Nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon). Emel yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
Empat (4) slogan terbaik akan dipilih sebagai pemenang selepas tarikh tutup pada 26 MEI 12:00 tengahari. Setiap pemenang akan menerima SATU (1) pas acara 12km Puma Night Run 2017. Kami akan maklumkan kepada pemenang melalui emel. Oleh itu, jangan lupa menyemak email anda.
#jomkitalari