Home / Artikel Menarik / Pelari Filipina Buta Tamatkan Larian Ultra 210km

Pelari Filipina Buta Tamatkan Larian Ultra 210km

Mark Joseph Casidsid

Hujung minggu lalu, pelari filipina yang cacat penglihatan, Mark Joseph Casidsid berjaya menjadi inspirasi apabila dia menamatkan larian ultramarathon Cebu Southwest sejauh 210kilometer dengan kedudukan ke-16 teratas. Larian tersebut bermula di bandar Santander dan tamat di Plaza Independencia, Cebu City.

Memainkan peranan yang penting dalam kejayaan Casidsid adalah teman lari, Jonjon Alegre yang menjadi “mata” dengan memberi arahan suara kepadanya. Casidsid mencatatkan masa 46 jam dan 32 minit, jauh melepasi had masa kelayakan 48 jam.

 

Mark Joseph Casidsid 2

Casidsid dilahirkan tidak cukup bulan lalu mengalami retinopathy, satu keadaan di mana salur darah membesar di retina yang boleh mengakibatkan kebutaan.

Apabila umur Casidsid mencecah 19 pada tahun 2003, penglihatanya menjadi buta sepenuhnya. Berhadapan dengan dugaan yang terlalu berat pada masa itu, dia pernah berfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya. Namun, berlari telah mengubah hidupnya!

Sebelum acara Ahad lalu, Casidsid pernah menamatkan acara 42 km dalam Milo Marathon Manila 2012 tetapi menurutnya, Cebu Southwest Run adalah yang paling jauh dan sukar baginya.

Walaupun Casidsid telah hilang penglihatan, di belakang mata yang kabur adalah semangat membara yang lebih terang daripada segala kegelapan dugaan hidup telah dilemparkan kepadanya.

Sumber: Cebu Daily News

 

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!