Home / Berita Terkini / ‘RBC Race for the Kids’ kembali ke Kuala Lumpur Oktober Ini

‘RBC Race for the Kids’ kembali ke Kuala Lumpur Oktober Ini

rbc_race_for_kids_005

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2017 – Royal Bank of Canada (RBC) hari ini mengumumkan bahawa ‘RBC Race for the Kids’ bakal kembali ke Kuala Lumpur pada Ahad, 29 Oktober 2017, bertempat di Taman Botani Perdana.

Larian santai amal 5km ini dijangka menarik penyertaan lebih 1,800 pelari dan pejalan kaki daripada masyarakat pelbagai umur dengan niat murni untuk menyumbang kepada tabung Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. RBC dan RMHC menyasarkan kutipan lebih RM90,000 bagi membiayai pembinaan Bilik Rangsangan Deria McDonald di Sekolah Semangat Maju Taiping (SSMT) untuk kegunaan kanak-kanak istimewa  dengan masalah pembelajaran, autism, sindrom Down dan palsi serebrum.

“Kami berbangga untuk kembali berganding bahu dengan RMHC Malaysia bagi menganjurkan ‘RBC Race for the Kids Kuala Lumpur’, yang bertujuan menyokong kanak-kanak berkeperluan khas,” kata Andy Allen, Ketua Perkhidmatan Pelabur dan Perbendaharaan RBC Malaysia. “RBC adalah penyokong kuat RMHC Malaysia dalam usaha berterusan mereka untuk membantu golongan muda dan kami berharap acara 2017 ini juga akan dapat dilangsungkan dengan jayanya.”

Acara sulung ‘RBC Race for the Kids’ pada  2016 mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya meraih sumbangan sebanyak RM200,000, sekali gus jauh menjangkaui sasaran awal yang ditetapkan RBC dan RMHC Malaysia. Larian amal berkenaan turut menyaksikan penyertaan lebih daripada 1,500 orang. Jumlah kutipan memberansangkan itu membolehkan  RMHC Malaysia mendirikan dua buah Bilik Rangsangan Deria di Lembah Klang.

“Tahun ini, kami meletakkan sasaran yang lebih tinggi dan mudah-mudahan dapat menarik lebih ramai untuk menyokong usaha murni ini,”Victor Sim, Naib Presiden, RMHC Malaysia. “Setakat ini, lebih 5,000 kanak-kanak di Malaysia telah mendapat manfaat daripada Bilik Rangsangan Deria kami, yang membantu meransang deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau mereka. Ia juga membantu mereka membentuk kemahiran kognitif dan keyakinan diri.”

‘RBC Race for the Kids’ turut diadakan di 15 bandaraya di seluruh dunia termasuk London, Vancouver, Minneapolis, Toronto, New York, Chicago, Sydney, Luxembourg, Hong Kong dan Kuala Lumpur, dengan angka penyertaan mencecah 124,000 pelari. Sejak dilancarkan di New York pada 2009, ‘RBC Race for the Kids’ telahpun mengutip lebih AS$27 juta untuk tabung-tabung kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia.

RBC Race for the Kids 2017

Untuk mengetahui lebih lanjut acara ini dan cara untuk mendaftar, sila layari laman sesawang RBC Race for the Kids Kuala Lumpur.

 

 

 

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!