Home / Berita Terkini / SILENTÓ Bakal Gegarkan AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED

SILENTÓ Bakal Gegarkan AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED

[LtoR]- Mr. Iqbal Ameer (CEO of Livescape Group), Mr Ramzi Toubassy (CEO of AmMetLife), Mr Tony Nagamaiah (General Manager of Malaysia Major Events) & Afro Bro (Mascot of AmMetLife Electric Run Recharged 2017)

Kuala Lumpur, 6 Jun 2017 – Artis Hip Hop remaja, Silentó yang terkenal dengan lagu “Watch Me (Whip/ Nae Nae)” bakal menambahkan keriangan Electric Run Recharged tahun ini dengan persembahan konsert pasca-acara. Silentó juga turut disertai barisan artis tempatan yang popular seperti SonaOne, De Fam, Cuurley, Amanda Avyanna dan Blastique.

20170607_Electric Run 2017 Press Release_English_FINAL-page-003 - Copy

SILENTO

SONAONE

DE FAM

Larian malam 5K yang disinari lampu neon dan muzik, Electric Run bakal dilangsungkan pada 29 Julai di Anjung Floria Putrajaya. Bersama penaja utama baru, AmMetLife, larian ini dianjurkan oleh The Livescape Group dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME). 18,000 pelari pelbagai usia dijangka mengambil bahagian dalam larian ceria ini.

[L to R]- Mr Tony 2017. jpg

“Peningkatan dalam penyertaan dan populariti acara Electric Run dalam tiga tahun ini amat kami banggakan. Livescape Group senantiasa berusaha untuk membawakan pengalaman muzik yang terbaik, dan tahun ini kami teruja untuk penampilkan artis Hip Hop terkemuka Silento sebagai teraju dalam acara kemuncak di garisan penamat.,” kata Muhammad Iqbal, Group Chief Executive Officer of The Livescape Group.

Mr. Iqbal Ameer, CEO of Livescape Group sharing the exciting developments of latest RECHARGED concept

“Kami merasa bangga untuk bergandingan dengan Livescape Group bagi mempersembahkan AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED kepada rakyat Malaysia. Ia adalah satu acara yang menyeronokkan dan tidak harus dilepaskan. Sebagai seuah syarikat insurans nyawa, kami komited untuk membantu rakyat Malaysia meningkatkan kualiti hidup dan membawakan pelbagai acara untuk memupuk budaya gaya hidup sihat dengan elemen yang ceria,” kata Ramzi Toubassy, CEO of AmMetLife.

Mr Ramzi Toubassy [CEO of AmMetLife] the presenting partner of Electric Run RECHARGED 2017

“Electric Run terus menjadi acara yang membuktikan kemampuan Malaysia untuk menganjurkan acara berskala besar dalam mempertingkatkan penyertaan antarabangsa dan seterusnya kemasukan pelancong asing ke Malaysia. Tahun ini, acara menyasarkan lebih 2,800 peyertaan luar negara dan kami berbangga untuk menyokong acara ini buat tahun ketiga dan meneruskan kerjasama strategic bersama Livescape,” kata Tony Nagamaiah, General Manager of Malaysia Major Events, a division of Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), an agency under the Ministry of Tourism and Culture Malaysia.

Mr Tony Nagamaiah [General Manager of Malaysia Major Events (MME)]

AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED bakal menampilkan sembilan zon bertema iaitu The Start Line • Hip Hop *NEW • EDM *NEW • Sugarrush *NEW • Polyphonics *NEW • Stardust *NEW • Disco *NEW • Rainbow Road • The Finish Line / Celebration Stage.

39e7471

Larian tahun ini menampilkan beberapa pembaharuan berkonsepkan “RECHARGE”. Setiap pelari bakal menerima seutas PIX Mob Bracelet (gelang tangan) di samping kemeja-T larian, pingat penamat dan bib larian. Bracelet akan menyinari pelbagai zone bertemakan lampu neon di sepanjang laluan larian.

Harga tiket perseorangan adalah RM98++.

20170607_Electric Run 2017 Press Release_English_FINAL-page-001

Untuk maklumat lanjut tentang AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED, sila layari http://electricrun.my/ http://www.facebook.com/electricrunmalaysia atau ikuti Twitter di @electricrunmy dan Instagram di @electricrunmy.

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!