Sempena Standard Chartered Marathon yang bakal berlangsung Ahad ini, Dr. Rafidah dari kumpulan Twitter #MedTweetMY telah berkongsi satu entri “pesanan khidmat masyarakat” mengenai STROK HABA di laman Facebook kepunyaannya. Kami telah mendapat keizinan Dr. Rafidah untuk menyiarkan pesanannya untuk semua pelari-pelari yang bakal mengambil bahagian di sini. Jom kita baca…
Mohon ambil iktibar kisah pesakit saya ini:
Di pertengahan tahun lepas, seorang pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan komando, pengsan semasa berlari. Sebelum berlari 10km tengah panas, dia sudah berkawat entah berapa jam.
Dia diserang sawan tidak berhenti dan terus koma. Keadaan ini dipanggil STROK HABA. Dia mengalami kegagalan organ hati dan buah pinggang. Dia terpaksa menjalani dialisis dan berada di Unit Rawatan Rapi lebih 20 hari. Dia juga mengalami rhabdomyolysis, satu keadaan di mana otot fiber yang cedera parah/mati dan mengeluarkan bahan toksik ke dalam darah, salah satunya adalah Creatinine Kinase, bacaan darah beliau melebihi 37,000 U/L (normal bawah lebih kurang 150).
Alhamdulillah setelah 35 hari di hospital, dia dibenarkan pulang ke rumah. Organ dalaman dia pulih normal. Dia antara yang bernasib baik. STROK HABA kebiasaannya susah diselamatkan!
Dua minggu lepas pula, di Borneo International Marathon, 1.5km sebelum ke garisan penamat, seorang budak 17 tahun mengalami cramp, pening, nak pengsan dan sebagainya. Ini adalah tanda-tanda “heat exhaustion”; jika tidak dirawat dengan cepat, akan berlakunya STROK HABA. Beliau gagah juga nak menghabiskan larian. Semasa memapah beliau, bermain di otak saya pelbagai kemungkinan.
Rawatan untuk kejadian begini: “cool down” (kipas, ais dan sebagainya), longgarkan baju jika ketat, minum air dan kalau tidak boleh, masukkan air drip melalui salur darah. Adik itu pulih selepas dimasukkan air drip itu😊.
Saya nasihatkan untuk yang akan berlari termasuk saya:
1. Minum air secukupnya semasa larian. Hidrasi sangat penting.
2. Listen to your body. Jangan memaksa kalau tak larat. Jika ada simptom, mohon jangan teruskan larian. Kalau sampai tahap strok haba alahai susahnya ðŸ˜
3. Respect the distance. Jangan sekali-kali dianggap senang berlari 42km. Perlu cukup training/latihan. Barulah otot-otot boleh tahan.
Good luck everyone!
Dr. Rafidah Abdullah
Pakar Perubatan, Buah Pinggang & Part-time pelari marathon
Twitter: @rafidah72