Home / jomkitalari (page 29)

jomkitalari

Alami kejiranan Hong Kong paling autentik di Sham Shui Po

Jika anda ke Hong Kong untuk Standard Chartered Hong Kong Marathon atau acara larian yang lain, jangan lupa untuk kunjungi kejiranan Sham Shui Po! Lembaga Pelancongan Hong Kong melancarkan promosi “Hong Kong Neighborhoods – Sham Shui Po” di Kuala Lumpur hari ini. Pelancaran ini adalah sebahagian daripada kempen serantau yang mengetengahkan kejiranan Hong Kong yang paling autentik – Sham Shui Po, dan menggalakkan …

Read More »

ULTRON® cipta rekod dengan T-shirt larian paling ringan di Malaysia

Kuala Lumpur, September 30 – Malaysia Book of Records Live! (MBR Live!) dilancarkan sempena Hari Malaysia dengan mempunyai objektif demi memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mensasar dan mencapai kejayaan yang paling hebat dalam setiap bidang kepakaran mereka. Festival ini diadakan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 28 September 2018 hingga 30 September 2018 dan turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat …

Read More »

HSN MALAYSIA: FITPOSSIBLE

  Kuala Lumpur, 30 September 2018 – Bersempena sambutan Hari Sukan Negara, aplikasi larian tempatan, BiiB telah berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam menyatukan golongan pelari; baharu dan perpengalaman di bawah satu program cabaran Malaysia FITPossible. Program FITPossible ini merupakan satu inisiatif  amal baharu yang mensasarkan pembakaran 5 juta kalori dalam tempoh lima hari melalui aktiviti riadah seperti berlari, …

Read More »

BHPetrol Orange Run Kembali Buat Kali ke-13

Petang Jaya, 8 Oktober 2018 – BHPetrol Orange Run kembali sekali lagi buat tahun ke-13 berturut-turut!  Acara larian tahunan anjuran BHPetrol dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Affin Bank ini bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat. Encik Tan Kim Thiam, Pengarah Urusan BHPetrol berkata, “Kami amat gembira untuk menganjurkan …

Read More »

Rekod Baru Malaysia Larian 24 jam di atas Treadmill dicipta!

Kuala Lumpur, 30 September 2018 – Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Malaysia Book of Records telah mengadakan acara Siaran Langsung MBR 2018 di Sunway Velocity Mall dari 28-30 September. Acara ini diadakan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi mencapai sesuatu yang luar biasa dan mengatasi had kebolehan mereka. Acara tiga hari ini turut meraikan pemegang rekod kebangsaan dan memberi …

Read More »

NESTLÉ OMEGA PLUS Raikan Hari Jantung Sedunia Dengan Acara WALK-A-MILE

Kuala Lumpur, 23 September 2018 – Walk-A-Mile, acara jalan kaki yang paling lama di Malaysia anjuran NESTLÉ OMEGA PLUS kembali untuk tahun ke-17 berturut-turut di Taman Tasik Perdana hari ini sempena meraikan Hari Jantung Sedunia. Acara ini menyaksikan penyertaan 4,000 rakyat Malaysia, jumlah peserta terbesar untuk acara setakat ini, mengorak langkah pertama ke arah jantung yang lebih sihat. Sambutan ini …

Read More »

Adakah Anda Cukup “TOUGH” Bagi Memenangi USD15,000?

Kuala Lumpur, 12 September 2018 – Adakah rakyat Malaysia paling gagah di Asia Tenggara? Inilah yang ingin dibuktikan oleh Fisherman’s Friend dan KIX HD. Pertandingan tahunan R U Tough Enough? dibawa kembali oleh KIX HD (Saluran Astro 729) dengan kerjasama Fisherman’s Friend, dan acara tahun ini sememangnya lebih hebat daripada edisi lalu. Peserta akhir dari enam negara di Asia Tenggara – …

Read More »

Muhaizar cuba pecah Rekod Kebangsaan di Berlin

Juara bertahan dan pemenang Standard Chartered KL Marathon sebanyak empat kali berturut-turut, dan juga pemenang pingat gangsa Sukan S.E.A., Muhaizar Mohamad bakal cuba untuk memecahkan rekod kebangsaan di BMW Berlin Marathon pada 16 September 2018. Muhaizar ditaja oleh Dirigo Events sebagai usaha berterusannya untuk membangunkan sukan larian marathon di Malaysia. Muhaizar baru sahaja menamatkan latihan penyesuaian iklim di Cameron Highlands …

Read More »

Landasan Penuh Kelazatan MALAYSIA AIRPORTS @ MIGF 2018

Waktu menunggu penerbangan untuk ke destinasi acara-acara larian antarabangsa, perut mungkin tertanya-tanya apakah juadah yang sedap sebelum meninggalkan negara atau makanan pertama yang tidak sabar mahu dirasai bila pulang ke tanahair. Jangan bimbang, Malaysia Airports memahami kehendak dan citarasa semua dengan menyediakan juadah-juadah menarik untuk pengunjungnya. Sewaktu di acara Malaysia International Gastronomy Festival 2018 (MIGF) dibawah “Taste of Malaysia Airports”, …

Read More »

HARI SUKAN RSH – Berwajah Baru, Semangat Tetap Sama

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2018 – Rangkaian gedung kelengkapan sukan, Royal Sporting House Malaysia, membuat pengubahsuaian dalaman gedung mereka di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Ruang baru 11,073 kaki persegi yang diperbaharui itu merangkumi reka bentuk dalaman dan ruang pameran moden dengan motif hitam, putih dan merah, untuk menarik perhatian pengguna hari ini yang mementingkan gaya hidup sukan. Pembaharuan ini …

Read More »
error: Content is protected !!