Home / Berita Terkini / Rekod Baru Malaysia Larian 24 jam di atas Treadmill dicipta!

Rekod Baru Malaysia Larian 24 jam di atas Treadmill dicipta!

Kuala Lumpur, 30 September 2018 – Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Malaysia Book of Records telah mengadakan acara Siaran Langsung MBR 2018 di Sunway Velocity Mall dari 28-30 September. Acara ini diadakan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi mencapai sesuatu yang luar biasa dan mengatasi had kebolehan mereka. Acara tiga hari ini turut meraikan pemegang rekod kebangsaan dan memberi peluang kepada orang awam untuk memcipta rekod terbaru.

GINTELL turut serta dalam acara Siaran Langsung MBR 2018 ini sebagai Rakan Kongsi Kategori Emas. Sebagai satu cabaran lepada rakyat Malaysia, GINTELL telah menganjurkan satu cabaran “Larian Jarak Jauh (24 Jam) di atas treadmill” untuk lelaki dan wanita. Cabaran ini disertai oleh Encik Abdul Rahman Bullah dan Puan Ngeoh Chye Choo.

Cabaran “Larian Jarak Jauh (24 Jam) di atas treadmill telah dimulakan pada 29 September 2018 pada pukul 4.30petang dan berakhir pada masa yang sama keesokan harinya.

En. Abdul Rahman Bullah berjaya memecahkan rekod baru bagi cabaran “Larian Jarak Jauh (24 Jam) kategori Lelaki dengan catatan jarak 171.53km dalam masa 24 Jam. Untuk kategori wanita, Pn. Ngeoh Chye Choo juga berjaya memecahkan rekod terbaru iaitu dengan catatan jarak 115.29km dalam masa 24 Jam.

Kedua-dua pemegang rekod ini menerima sebuah GINTELL CyberTREK FITuristic Treadmill yang bernilai RM3988 setiap satu dan juga sijil daripada Malaysia Book of Records.

Untuk maklumat yang lanjut tentang Gintell, sila layari www.gintell.com.

 

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!