Juara bertahan dan pemenang Standard Chartered KL Marathon sebanyak empat kali berturut-turut, dan juga pemenang pingat gangsa Sukan S.E.A., Muhaizar Mohamad bakal cuba untuk memecahkan rekod kebangsaan di BMW Berlin Marathon pada 16 September 2018. Muhaizar ditaja oleh Dirigo Events sebagai usaha berterusannya untuk membangunkan sukan larian marathon di Malaysia.
Muhaizar baru sahaja menamatkan latihan penyesuaian iklim di Cameron Highlands bagi meningkatkan lagi prestasi beliau untuk memecahkan rekod kebangsaan. Rekod peribadi terbaik (PB) Muhaizar adalah 2:27:21 idi Tokyo Marathon awal tahun ini. Di Berlin nanti beliau berharap dapat mengatasi rekod yang dicipta oleh Leo Tan iaitu 2:25:28, juga di Tokyo tahun ini.
Muhaizar bakal berlepas ke Berlin pada Sabtu, 8 September 2018 pada jam 11.20 malam dari KLIA. Para peminat sukan marathon dijemput ke KLIA untuk berjumpa dan memberi ucapan sokongan kepada beliau. Muhaizar bakal berada di Paparich Signature Level 5 Departure di KLIA dari 8.00 – 9.00 malam.