Home / Artikel Menarik / Landasan Penuh Kelazatan MALAYSIA AIRPORTS @ MIGF 2018

Landasan Penuh Kelazatan MALAYSIA AIRPORTS @ MIGF 2018

Waktu menunggu penerbangan untuk ke destinasi acara-acara larian antarabangsa, perut mungkin tertanya-tanya apakah juadah yang sedap sebelum meninggalkan negara atau makanan pertama yang tidak sabar mahu dirasai bila pulang ke tanahair. Jangan bimbang, Malaysia Airports memahami kehendak dan citarasa semua dengan menyediakan juadah-juadah menarik untuk pengunjungnya.

Sewaktu di acara Malaysia International Gastronomy Festival 2018 (MIGF) dibawah “Taste of Malaysia Airports”, pengunjung dapat merasai masakan restoran-estoran terkemuka KLIA iaitu Bumbu Desa, Grandmama’s dan Fukuya. Ketiga-tiga restoran ini adalah sebahagian dari pemenang Top 25 acara tahunan KULinary yang dianjurkan oleh Malaysia Airports.

Bumbu Desa
Alamat: S2-3-L07, Departure Level, Public Concourse, klia 2.

Dengan tagline “Rangkaian Restoran Terkemuka Indonesia” yang menggabungkan 3 jenis masakan utama Indonesia iaitu masakan Padang, masakan Sunda dan masakan Melayu dengan pilihan lebih 30 jenis hidangan.

Ayam Cabai Ijo – Menu yang berasal dari Sunda ini boleh memuaskan peminat masakan pedas.
 
Ikan Bawal Taliwang Lombok – Campuran beberapa jenis cili, bawang, bunga lawang, kayu manis, garam dan gula melaka lalu disiram ke atas ikan bawal yang digoreng ranggup.
 
Gulai Kikil – Kikil ataupun tendon lembu memiliki tekstur yang kenyal dimasak lemak yang sangat sedap!
 

 
Grandmama’s
Alamat: Lot A, Mezzanine Level, South Wing, Satelite Building, KLIA.

Restoran yang menyajikan pelbagai citarasa Malaysia sejak 2012, ia bakal mengembalikan memori lampau masakan dan bahan-bahan yang digunakan oleh nenek kita semua. Hidangan signatur yang dipersembahkan di MIGF ialah Nasi Lemak Grandmama’s yang disajikan bersama Kari Ayam.

Sempena kempen Jom Makan Dan Merdeka! sehingga 30 September, terdapat pilihan lauk lain yang boleh dipilih menemani nasi lemak anda seperti Udang Goreng Berempah, Ayam Goreng Drumstick, Rendang Daging, Kambing Varuval atau Sotong Goreng.

FUKUYA @KLIA
Alamat: SATMZ 24, Mezzanine Level, Satellite Building, KLIA.
 

Sup Hotate (Scallop)
 
Fukuya menawarkan pelbagai hidangan Jepun yang segar dan tulen. Jika anda dalam keadaan tergesa-gesa, tedapat kios sushi sebagai hidangan pantas dan seimbang sebelum penerbangan anda dan sesuai untuk mereka yang mahu merasa makanan dari Negara Matahari Terbit.
 
Unagi Uramaki (Belut laut)
 
Shake Uramaki (Salmon)
 
Pengurus Besar Kanan Bahagian Perkhidmatan Komersil Malaysia Airports, Nazli Aziz, berkata: “Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada MIGF 2018 kerana ia berfungsi sebagai landasan bagi kami untuk menyerlahkan komitmen kami untuk mewujudkan pengalaman bersantapan yang menyeronokkan bagi pengunjung di lapangan terbang kami. Kami ingin memastikan lapangan terbang kami menjadi destinasi pilihan bagi semua pencinta makanan di luar sana. Matlamat ini adalah sejajar dengan misi kami untuk meningkatkan “Total Airport Experience” kerana kami percaya makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan dan mendidik kekayaan budaya masyarakat, terutamanya dengan pelbagai kedai F&B menarik yang boleh didapati di lapangan terbang kami dan dalam kes ini, di KLIA.”

Pencinta makanan digalakkan menyertai acara KULinary tidak lama lagi di KLIA pada bulan November untuk mengetahui keunikkan makanan terbaik dan lazat yang tersedia di kedua-dua terminal lapangan terbang. Terdapat juga aktiviti yang menyeronokkan dan hidangan khas untuk pengunjung nikmati.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.klia.com.my

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!