Home / Berita Terkini / HARI SUKAN RSH – Berwajah Baru, Semangat Tetap Sama

HARI SUKAN RSH – Berwajah Baru, Semangat Tetap Sama

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2018 – Rangkaian gedung kelengkapan sukan, Royal Sporting House Malaysia, membuat pengubahsuaian dalaman gedung mereka di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Ruang baru 11,073 kaki persegi yang diperbaharui itu merangkumi reka bentuk dalaman dan ruang pameran moden dengan motif hitam, putih dan merah, untuk menarik perhatian pengguna hari ini yang mementingkan gaya hidup sukan.

Pembaharuan ini juga merupakan satu usaha untuk terus mendahului pesaing antarabangsa yang semakin meningkat di pasaran.

Dinding putih dan panel cahaya terang membuka ruang, mencipta kontras yang sempurna dengan kawasan paparan merah dan hitam, memberikan pelanggan persekitaran yang serupa dengan bilik loker pasukan profesional di setiap bahagian.

Susun atur kedai itu direka dengan citarasa pelanggan dalam fikiran, menyediakan pengalaman membeli-belah yang mudah dan disasarkan yang meliputi larian, latihan, bola sepak, berenang, gaya hidup dan banyak lagi untuk sentiasa aktif.

Setiap bahagian dirancang untuk berada di dalam laluan pelanggan dari pintu masuk ke pintu keluar, kawasan tengah pula merupakan ruang acara yang diharapkan dapat menjadi tuan rumah pelbagai aktiviti pada bulan-bulan mendatang bertindak sebagai hab sukan dan gaya hidup.

Kedai yang akan menawarkan pemilihan produk yang luas dari lebih daripada 30 jenama antarabangsa termasuk, Nike, Adidas, Van, Champion, Reebok, Under Armour dan lebih banyak lagi.

Salah satu khidmat unik yang ditawarkan di Royal Sporting House Pavilion adalah mesin engraving kasut, di mana pelanggan berpeluang untuk memberikan sentuahan peribadi kepada kasut mereka.

Royal Sporting House juga bakal membawakan khidmat seperti gait analysis dan khidmat pakar runding cara di masa hadapan.

David Westhead, Ketua Pegawai Eksekutif RSH South East Asia berkata, “Jenama kami sentiasa mementingkan keutamaan pengguna. Sejak 1989, menawarkan pelbagai pilihan produk untuk pelbagai keperluan sukan dan gaya hidup telah menjadi teras dari apa yang kami lakukan. Peningkatan ini adalah komitmen kepada pelanggan setia dan baru kami yang Royal Sporting House Malaysia, telah berada di sana dan akan terus berada di sana mengubah dan menyesuaikan diri dengan keperluan gaya hidup aktif rakyat Malaysia. Ini hanya permulaan. Pelan masa depan kami akan memberi tumpuan kepada peningkatan kedai-kedai utama lain untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih baik untuk para pelanggan kami.”

Hari pelancaran turut dimeriahkan dengan acara bertemakan ‘Hari Sukan’ yang dihoskan oleh pelakon Dennis Yin sebagai ‘Guru Pendidikan Jasmani atau P.J..

“Murid-murid” adalah terdiri daripada pengamal media sosial yang berpenagaruh atau influencer seperti Jazel Lim, Alicia Tan, Shawn Lee, Zizi Kirana, Aidit Noh dan ramai lagi. Mereka dibahagikan ke dalam empat, ‘rumah sukan’ zaman persekolahan yang menampilkan warna Hijau, Biru, Kuning and Merah.

Para murid bersaing antara satu sama lain dalam pertandingan seperti mengikat taki kasut, badminton, mesin bole keranjang arked, mesin High Striker, di mana rumah sukan dengan markah tertinggi membawa pulang hadiah daripada Royal Sporting House Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Royal Sporting House Malaysia, sila ikuti https://www.facebook.com/RSHMY/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!