Home / Acara Pilihan / HSN MALAYSIA: FITPOSSIBLE

HSN MALAYSIA: FITPOSSIBLE

 

Kuala Lumpur, 30 September 2018 – Bersempena sambutan Hari Sukan Negara, aplikasi larian tempatan, BiiB telah berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam menyatukan golongan pelari; baharu dan perpengalaman di bawah satu program cabaran Malaysia FITPossible.

Program FITPossible ini merupakan satu inisiatif  amal baharu yang mensasarkan pembakaran 5 juta kalori dalam tempoh lima hari melalui aktiviti riadah seperti berlari, berjalan, mendaki dan trekking. Program ini dijadualkan bermula pada 9 sehingga 13 Oktober 2018. Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta perlu memuat turun aplikasi percuma BiiB ke dalam telefon pintar.  Aplikasi GPS yang tersedia akan menjejak jarak kilometer yang dilalui melalui aktiviti riadah yang dijalankan. Manakala jumlah kilometer terkumpul akan digunapakai dalam mengira jumlah kalori yang dibakar selama lima lari tersebut. Progam ini turut menerima jarak larian yang dirakamkan oleh GPS pihak ketiga (selain BiiB) melalui penghantaran secara manual.

Pemilihan  lokasi serta waktu larian adalah mengikut kehendak peserta dan peserta juga perlu memastikan agar aplikasi BiiB berada di atas talian.  Di samping itu juga, orang ramai turut dijemput untuk meraikan Hari Sukan Negara pada hari terakhir (13 Oktober 2018) di KL Sports City, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Neupulse Sdn. Bhd, perekacipta aplikasi BiiB, En. Tan She Yong berkata, “Kami amat teruja dengan kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan  ini kerana ia dapat menyatukan para pelari di bawah satu sasaran untuk membakar 5 juta kalori atau berlari sejauh 50 ribu kilometer dalam lima hari bagi  tujuan amal. Program FITPossible adalah satu inisiatif yang unik dalam menghubungkan pelari di seluruh negara.  Inisiatif ini juga turut menyediakan satu platform bagi pelari, bukan sahaja untuk mengumpul dana bagi tujuan sosial, malahan menyokong inisiatif kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.”

Dana akan disumbangkan dari kumpulan wang dari pihak penaja korporat dan orang awam, berdasarkan jarak larian yang dicatatkan melalui aplikasi BiiB. Para peserta bertindak sebagai wira dan wirawati untuk “menggerakkan” wang tajaan ke penerima dana dengan nisbah yang akan ditetapkan belum 9 Oktober 2018 (contoh: setiap RM0.50 per kilometer). Penerima dana amal yang telah dikenal pasti adalah Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM).

Insentif yang menarik menanti pelari yang berani menyahut cabaran ini adalah jemputan untuk menghadiri majlis makan tengahari sempena upacara penutup HSN Malaysia FITpossible bersama menteri, penaja dan penerima dana. Majlis tersebut ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan, yang mana tarikh serta perincian  akan diumumkan kelak.

Ayuh, marilah kita bersama-sama menyertai program FITPossible Program, selaras dengan misi Hari Sukan Negara dalam mengamal dan membudayakan cara hidup yang sihat dengan bersukan di kalangan masyarakat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://getbiib.com/hsn

Ikuti perkembangan dan perbincangan di laman sosial dengan menggunakan tanda pagar: #MalaysiaFitPossible

 

Check Also

RACE OF THE STARS

Share this on WhatsApp Info Larian Selebriti dan influencers tempatan kesayangan anda akan beradu stamina …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!