Home / Acara Pilihan / SJMC RUN 2026

SJMC RUN 2026

Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) mengumumkan penganjuran semula acara komuniti utamanya, SJMC Run 2026, yang akan berlangsung pada Ahad, 25 Oktober 2026, di Menara Mediplex, SJMC.

Bertemakan “One Run, One Community, One Hope”, larian tahun ini diadakan sempena sambutan 41 tahun SJMC dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dipercayai. Orang ramai dijemput untuk menyarung kasut larian, menyertai acara ini, dan menjadi sebahagian daripada gerakan komuniti yang menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan hubungan silaturahim, serta meraikan amalan hidup sihat bersama. Selain menikmati keseronokan aktiviti kecergasan, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah.

Acara ini menawarkan dua kategori penyertaan:

  • Larian Santai 3KM (3KM Fun Run): Sesuai untuk seisi keluarga dan pelari santai. Pakej Keluarga turut disediakan untuk dua (2) orang dewasa dan satu (1) hingga dua (2) orang kanak-kanak.
  • Larian Kompetitif (10KM Competitive Race): Direka khas untuk pelari berpengalaman dengan kategori Terbuka Lelaki & Wanita (18–39 tahun) serta Veteran (40 tahun ke atas). Pemenang utama berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1,000.

Maklumat Acara:

  • Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)
  • Tempat: Mediplex, Subang Jaya Medical Centre
  • Masa Pelepasan: 6:30 AM (10KM) | 7:00 AM (3KM)
  • Pakej Peserta: Baju-T acara, pek larian, nombor bib, pingat penamat, e-sijil dan perlindungan insurans kemalangan diri.

Pendaftaran:

Pendaftaran kini dibuka kepada orang ramai dengan yuran Pendaftaran Awal (Early Bird) bermula serendah RM48 sehingga 24 Julai 2026. Pendaftaran akan ditutup pada 31 Ogos 2026 atau lebih awal sekiranya kuota penyertaan telah dipenuhi.

Untuk pendaftaran, sila layari https://q.me-qr.com/l/sjmcrunregistration. Untuk maklumat lanjut mengenai SJMC dan pelbagai inisiatif yang akan datang, sila layari https://subangjayamedicalcentre.com/ atau ikuti Facebook @subangjayamedicalcentre.

Check Also

POS MALAYSIA RUN 2026

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 30 April 2026 – Pos Malaysia Run kembali menggerakkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!