Home / Berita Terkini / ULTRON® cipta rekod dengan T-shirt larian paling ringan di Malaysia

ULTRON® cipta rekod dengan T-shirt larian paling ringan di Malaysia

Kuala Lumpur, September 30 – Malaysia Book of Records Live! (MBR Live!) dilancarkan sempena Hari Malaysia dengan mempunyai objektif demi memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mensasar dan mencapai kejayaan yang paling hebat dalam setiap bidang kepakaran mereka.

Festival ini diadakan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 28 September 2018 hingga 30 September 2018 dan turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat termasuk YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasidan Multimedia, YB Tuan Steven Sim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ; Tan Sri Datuk Danny Ooi, Pengasas Malaysia Book of Records dan Dato Michael Tio, Ketua Pegawai Eksekutif, diikuti dengan penyampaiacara , NCT Group dan juga penaja-penaja utama iaitu ULTRON®, Cuckoo, Fipper, Proton Edar, Coca Cola, Gintell, Shakura, Floor Culture, Master Craft dan Unique Fire.

ULTRON® Malaysia telah membuat percubaan dengan keluaran terbaru mereka, Micro-dry ® Ultralite, untuk menjadi “Tshirt Larian Paling Ringan” di Malaysia. Dengan 3 percubaan yang berjaya, pada pagi 30 September 2018, secara langsung di depan penonton. Rekod terbaru secara rasmi telah dicipta dan direkodkan, diikuti dengan sijil dan pingat penyampaian daripada Ms Gillian Ooi, Direktor Pembangunan Perniagaan, Malaysia Book of Records kepada Ketua Pegawai Eksekutif ULTRON® Malaysia, Mr Marc Chua.

Mr Marc yang mewakili ULTRON® Malaysia turut berkata “Saya berasa amat berbangga untuk mengatakan bahawa ULTRON® menghasilkan pakaian larian yang paling ringan dan selesa di Malaysia. Selain itu, saya juga berharap agar produk terbaru ini akan mengharumkan jenama ULTRON® dan negara Malaysia di pentas antarabangsa.

Selain daripada itu, ULTRON® Malaysia juga menaja seorang atlet, Mifzal Aqil, yang juga telah berjaya mencecah 2 rekod terbaru anjuran Malaysia Book of Records iaitu ‘The most ball juggled with knee in 1 minute’ dengan mencapai 165 kali dan “Longest ball juggled with knee with no time limit” di mana beliau berjaya mencapai 8050 kali dalam masa 1 jam 11 minit. Dengan pencapaian yang mengagumkan tersebut, ULTRON® Malaysia berhasrat untuk menaja Mifzal dalam cabaran beliau yang seterusnya iaitu Rekod Dunia anjuran daripada Guinness World Book of Record.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!