Jika anda ke Hong Kong untuk Standard Chartered Hong Kong Marathon atau acara larian yang lain, jangan lupa untuk kunjungi kejiranan Sham Shui Po!
Lembaga Pelancongan Hong Kong melancarkan promosi “Hong Kong Neighborhoods – Sham Shui Po” di Kuala Lumpur hari ini. Pelancaran ini adalah sebahagian daripada kempen serantau yang mengetengahkan kejiranan Hong Kong yang paling autentik – Sham Shui Po, dan menggalakkan pelancong-pelancong untuk meneroka Sham Shui Po yang kaya dengan sejarah seperti mana penduduk tempatan lakukan.
Dari pasar terbuka yang menjual barang-barang elektrik, ke tokong-tokong bersejarah yang bersebelahan dengan restoran dan kafe hipster yang disyorkan oleh Michelin, Sham Shui Po adalah rumah bagi kedua-dua citarasa tradisional dan moden.
“Kebudayaan Hong Kong tenggelam dalam sejarah yang kaya dan penuh tradisi sejak ribuan tahun yang
lalu, dan pada masa yang sama, ia terus berkembang dengan trend-trend baharu dalam bidang fesyen,
teknologi dan juga budaya. Kami berhasrat untuk menggalakkan para pelancong meneroka Hong Kong di
luar dari kawasan tradisi pelancongan yang biasa dikunjungi kerana kami percaya Hong Kong akan terus
membawa pengalaman baharu dan menarik untuk pelancong-pelancong Malaysia. Dengan pelbagai
aspek yang unik dan berbeza merangkumi aspek masakan, seni bina, kesenian dan fesyen, Sham Shui Po
pasti akan meninggalkan kesan abadi kepada pelawat-pelawat. “Kata Raymond Chan, Pengarah
Serantau, Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Hong Kong.
Sham Shui Po Terletak di Pulau Kowloon, Sham Shui Po perlahan-lahan terus berkembang menjadi salah satu daerah yang paling meriah di Bandar ini. Kejiranan ini menjadi tuan rumah kepada beberapa pengalaman yang autentik – dari pasar jalanan di Apliu Street, destinasi sehenti untuk alat-alat dan kedai-kedai elektronik, dan kedai-kedai fabrik sepanjang jalan dari kedai reben di Nam Cheong Street, kedai butang di Ki Lung Street hingga ke kedai mainan unik di Fuk Wing Street. Daerah yang meriah ini merupakan tempat persembunyian harta karun, dipenuhi dengan jalan-jalan membeli-belah yang terbaik untuk para pelancong; dan restoran-restoran yang menerima anugerah Michelin yang menawarkan makanan jalanan yang mengecurkan air liur. Dengan koleksi fabriknya yang tiada berkesudahan, kedai bahan-bahan mentah dan tekstil, kebanyakannya menjual terus kepada pelanggan, Cheoung Sha Wan Road adalah satu tempat yang mesti dilawati untuk pengembara yang mengikut peredaran fesyen.
Sham Shui Po juga merupakan destinasi makanan dan minuman di Hong Kong, yang popular di kalangan
penduduk tempatan dan pelancong-pelancong untuk makan secara autentik di Hong Kong – kejiranan
ini adalah juga rumah kepada restoran-restoran yang disyorkan oleh Michelin. Dari puding taufu di Kung
Wo Beancurd Factory, puding mangkuk juga dikenali sebagai put chai koh di Kwan Kee Store, dim sum
Tim Ho Wan yang terkenal di dunia, ke cha chaan teng yang menyelerakan di kafe mi Wai Kee , Sham
Shui Po adalah salah satu syurga makanan untuk memenuhi setiap jenis selera.
Selain dari kawasan membeli-belah dan makanan yang terkenal, Sham Shui Po juga menjadi tempat
mercu tanda bersejarah yang popular di Hong Kong, Rumah Mei Ho. Bangunan itu telah menerima
Anugerah Warisan Asia-Pasifik UNESCO untuk Pemuliharaan Warisan Kebudayaan dan kini menjadi
asrama belia yang popular. Pengembara juga boleh meneroka galeri seni bawah tanah 100ft Park, di 220
Apliu Street. Galeri kecil ini, dengan ruang paparan hanya 300 kaki digunakan sebagai tempat artis
berkumpul dan tempat artis tempatan untuk mempamerkan hasil karya mereka.
Tempat yang kelihatan cantik di dalam gambar atau instagrammable yang terkenal di Sham Shui Po
ialah mungkin bangunan Man Fung yang berwarna kuning cerah di Jalan Tai Nan. Bangunan ini telah
diubah wajah dengan lukisan mural oleh artis jalanan yang berpusat di Madrid, Okuda San Miguel. Mural
‘Rainbow Thief’ yang berwarna-warni ini telah disiapkan pada tahun 2016 sebagai sebahagian daripada
festival seni jalanan HK Walls’ 2016 di seluruh kota ini. Reka bentuk ini merangkumi keseluruhan
bangunan dalam corak pelbagai geometri bermotifkan seekor beruang merupakan hasil kerja tangan
beliau.
Lawati Laman sesawang Hong Kong Tourism Board (HKTB) untuk maklumat lanjut. http://www.discoverhongkong.com/seasia/index.jsp