Kasut lari Nike Air Structure diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1991 dan semenjak itu telah menerima pelbagai variasi dan modifikasi dalam tahun-tahun berikutnya. Edisi ke-20 – Nike Air Zoom Structure 20 membuat “tribute” kepada kasut asalnya dengan menampilkan warna-warna asal sempena ulang-tahunnya yang ke-20 tahun ini. Digunakan bukan sahaja oleh pelari elit seperti Galen Rupp, yang telah memakai kasut …
Read More »Koleksi AW16 SUPERDRY SPORT untuk Pencinta Sukan Bergaya
Nyaman, selesa dan bergaya, Superdry Sport kini boleh didapati buat pertama kalinya di Malaysia. Kepada yang ingin bergaya ketika bersenam, anda pasti akan menghargai fabrik hi-tech Superdry yang telus udara dan menampilkan warna-warna kegemaran musim ini. Fabrik yang menyerap peluh digunakan untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai agar kekal nyaman walaupun dalam keadaan senaman yang berat. Seperti setiap koleksi Superdry …
Read More »Koleksi FENTY PUMA by RIHANNA AW16 Kini Tiba di Pasaran
Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba! Koleksi pertama gandingan penghibur Rihanna dan jenama sukan Puma, FENTY PUMA by Rihanna akhirnya tiba di pasaran antarabangsa. Koleksi ini merangkumi pakaian, kasut dan aksesori fesyen yang berani, provokatif dan penuh “attitude”. Rihanna mendapat inspirasi daripada budaya jalanan kontemporari dan tradisi Jepun untuk koleksi sulungnya bersama PUMA. Dengan menggandingkan pengaruh budaya dengan tona gothika serta …
Read More »REVIEW: Under Armour Charged Bandit 2 – Teknologi Tumit Tanpa Jahitan
Under Armour membawakan teknologi tumit tanpa jahitan yang inovatif dalam kasut lari terbaru UA Bandit 2. Walaupun namanya Bandit 2, sebanarnya ia tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan kasut UA Bandit yang asal, mungkin logonya sama sahaja. Kasut ini direka untuk larian jarak jauh, sesuai untuk marathon. Bahagian atas (upper) diperbuat daripada fabrik tenunan dwi-warna (heathered) yang ringan, telus udara dan …
Read More »REVIEW: Seluar Lari BROOKS Sherpa 7″ 2-in-1 – Praktikal & Selesa
Jarang sekali orang membuat ulasan seluar lari. Kami tertarik dengan ciri-ciri yang ada pada seluar ini dan terus membelinya sendiri untuk tujuan review. Jom kita lihat apa istimewanya seluar lari Brooks Sherpa 7” 2-in-1 ini. Panjang seluar ini adalah 7 inci, diperbuat daripada fabrik Drilayer yang mudah kering dan telus udara. Di dalamnya terdapat seluar dalam berbentuk boxer yang diperbuat …
Read More »ADIDAS Lancar Kategori Balapan Terbaru – adidas Athletics
adidas, pelopor pakaian sukan antarbangsa melancarkan kategori jenama baru – adidas Athletics. Dicipta sebagai pakaian luaran untuk dipakai sebelum dan selepas pertandingan, koleksi adidas Athletics ini membolehkan para atlet menumpukan perhatian dengan baik dengan menghalang gangguan dari luar. adidas Athletics sesuai untuk pelbagai jenis sukan dilancarkan pada hari Sabtu, 10 September dengan produk pertama – Hoodie adidas Z.N.E. Hoodie adidas Z.N.E. direka untuk membantu …
Read More »ASICS GEL-QUANTUM 360 CM – Bertukar Warna Seperti Sesumpah
Nikmati setiap langkah dengan kasut lari ASICS GEL-QUANTUM 360 CM yang sarat dengan teknologi baru. Ciri kasut ini yang paling ketara dan unik adalah “Chameleod Mesh” yang boleh bertukar warna mengikut sudut pandangan umpama sesumpah. Kasut prestasi tinggi ini memberikan si pemakai perlindungan 360 darjah oleh teknologi “ASICS GEL Cushioning” dan mengambil masa tiga tahun untuk direkacipta di ASICS Institute …
Read More »Aplikasi NIKE+ RUN CLUB Kini Berwajah Baru
Aplikasi Nike+ Running kini telah dikemaskini kepada Nike+ Run Club. Ia menampilkan paparan yang lebih segar dan dinaik-tarafkan dengan beberapa ciri baru untuk memberi dorongan dan sokongan bagi meningkatkan prestasi si pengguna. Antaranya: RAKAM DAN SIMPAN SEMUA REKOD LARIAN Dapatkan semua data yang anda perlukan — pace, lokasi, jarak, kecerunan, kadar degupan jantung dan pecahan jarak larian (mile splits). Ia juga membolehkan anda mengawal dengan mudah apa yang ingin …
Read More »Ulasan Kasut: BROOKS GLYCERIN 14 – Mewah Berkusyen
Brooks Glycerin memang tidak akan mengecewakan jika anda gemarkan kasut lari yang mempunyai daya kusyen yang mampan. Masuk edisi yang ke-14, kasut lari Brooks Glycerin 14 yang sesuai untuk dipakai untuk pelari yang mempunyai jenis kaki neutral, kini diberada di pasaran sejak sebulan lepas. Terima kasih Brooks Malaysia kerana memberi peluang #jomkitalari untuk mencuba kasut lari premium ini. Pada pandangan …
Read More »adidas pasarkan Pek Metalik UltraBOOST Edisi Terhad
adidas mengumumkan tiga versi terhad kasut lari UltraBOOST dengan pelancaran pek metalik. Kasut-kasut ini menampilkan perincian metalik emas, perak dan gangsa kepada UltraBOOST untuk tampak lebih mahal dan menarik. Rangkaian kasut ini menggabungkan upper adidas Primeknit, sangkar kulit (leather cage) bermutu tinggi secara eksklusif untuk edisi emas dengan tapak BOOST berwarna putih. Pek Metalik UltraBOOST Edisi Terhad ini boleh didapati melalui adidas.com.my dan kedai adidas performance dengan harga RM750 sepasang.
Read More »