Home / Artikel Menarik / SAMSUNG GEAR S3 FRONTIER & CLASSIC Di Pasaran Disember Ini

SAMSUNG GEAR S3 FRONTIER & CLASSIC Di Pasaran Disember Ini

gear-s3-lifestyle_frontier_board_standing

Semakin hari, semakin banyak produk yang menjadi “pintar” termasuk jam tangan. Ia bukan sahaja boleh memaparkan waktu tetapi sarat dengan teknologi digital yang memudahkan kehidupan seharian. Samsung menampilkan jam tangan pintar, Gear S3 yang boleh didapati dengan dua model iaitu Gear S3 Frontier dan Gear S3 Classic

Sama ada di luar rumah atau di pejabat, Gear S3 Frontier dicipta untuk untuk prestasi yang lasak tetapi elegan.

gear-s3-frontier_perspective-r
Gear S3 Frontier

Gear S3 Classic disasarkan kepada anak-anak muda berumur lingkungan 20-30 tahun yang mementingkan fungsi yang praktikal.

gear-s3-classic_perspective-r-copy
Gear S3 Classic

Sejak kebelakangan ini, para pengguna melihat jam tangan pintar bukan sebagai peranti pintar tetapi sebagai jam yang mempunyai pelbagai fungsi. Berdasarkan konsep sedemikian, Samsung membuat kajian yang terperinci untuk merekacipta jam tangan yang menampilkan saiz dan bentuk seutas yang digemari pengguna.

gear-s3-lifestyle_frontier_kayak_2

Keluli, Stainless steel 316L, bahan yang paling banyak digunakan untuk jam tangan dipilih untuk Gear S3. Ia memberikan permukaan yang tahan lama tetapi mudah diacu atau dibentuk untuk membuat sebuah peranti yang bukan sahaja sofistikated tetapi kuat.

s3

Gear 3 juga mengekalkan UX, satu bezel yang berputar dari Gear 2 untuk mengakses notifikasi dan aplikasi dengan mudah.

gear-s3_lifestyle_frontier_fitness

Seperti jam tradisional, Samsung Gear S3 diperbuat dengan terperinci dan ditambah dengan fungsi digital seperti kemaskini cuaca, fungsi peringatan dan monitor degupan jantung.

gear-s3_lifestyle_frontier_cycling

Samsung Gear S3 bukan sahaja sebuah peranti pintar, ia juga boleh diguna-pakai yang memudahkan kehidupan anda. Paparan “Always On Display” telah diperbaharui dengan setting yang menggunakan kuasa yang rendah tanpa menjejaskan warna dan perincian paparan. Ia boleh dipakai ke mana dan boleh digunakan untuk pelbagai fungsi berdasarkan aplikasi-aplikasi yang dimuat-turunkan.

Gear S3 adalah kalis air pada tahap IP68 dan juga kalis debu. Ia juga tahan lasak. Dilengkapi GPS dalaman, serta  S Health, aplikasi ketinggian, tekanan udara dan kelajuan, si pemakai boleh menggunakannya untuk merakam aktiviti kecergasan harian serta parameter luar rumah seperti altitud dan tekanan udara, pertukaran cuaca, jarak, kelajuan dan sebagainya.

Tambahan pula, Gear S3 juga mempunyai hayat bateri yang tahan lama, sehingga 4 hari dengan sekali cas.

The Samsung Gear S3 Frontier dan Gear S3 Classic bakal berada di pasaran Malaysia mulai Disember 2016 dengan harga runcit yang disyorkan RM1399.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!