Home / Artikel Menarik / 15 Sebab Mengapa Anda Harus Sertai CHUNCHEON MARATHON

15 Sebab Mengapa Anda Harus Sertai CHUNCHEON MARATHON

chuncheon_marathon_002

Chuncheon International Marathon adalah acara larian tahunan yang dianjurkan dalam bulan Oktober di kota Chuncheon, daerah Gangwon, Korea Selatan. Dianjurkan buat kali pertama pada tahun 1946, ia adaah acara marathon kedua tertua di negara tersebut selepas Seoul International Marathon. Ia mendapat tajaan daripada The Chosun Ilbo, sebuah akhbar harian utama di Korea Selatan.

#JOMKITALARI berpeluang untuk meninjau Chuncheon International Marathon pada 23 Oktober tahun ini. Jom kita baca mengapa acara lumba lari ini harus dimasukkan ke dalam senarai marathon yang harus disertai oleh kita semua.

1. Penganjuran Bertaraf Antarabangsa
Chuncheon Marathon menawarkan dua kategori jarak iaitu 42km dan 10km di aman jarak tersebut telah disahkan oleh Association of International Marathons and Distance Races. Tiada kategori half marathon. Tahun ini Chuncheon Marathon disertai lebih 24,000 peserta termasuk pelari-pelari elit dari seluruh dunia.

chuncheon_marathon_024

2. Perlepasan Para Peserta Yang Gempak
Suasana meriah menambahkan lagi keterujaan berlari di Chuncheon. Para peserta dilepaskan secara berperingkat-peringkat mengikut jangkaan masa penamat, diiringi oleh pukulan gendang yang rancak dan dentuman bunga api.

chuncheon_marathon_025

3. Laluan Yang Tidak Sukar, mudah untuk mendapat PB.
Pada keseluruhannya, laluan 42km agak mendatar, dengan kecuraman naik bukit dan turun bukit di km 5 dan km 30. Walaupun mendatar, laluan ini tidak membosankan kerana kecantikan musim luruh serta empangan yang indah. Tambahan pula, cuaca yang nyaman, anda mungkin boleh mendapatkan rekod peribadi terbaik (PB) di sini.

chuncheon_marathon_004

4. Legenda Musim Luruh
Itulah gelaran yang diberikan kepada Chuncheon Marathon. Pelari-pelari dapat menikmati suasana musim luruh yang cantik di mana dedaun pohon yang dahulunya hijau kini bertukar kepada kuning keemasan sebelum gugur apabila tibanya musim sejuk. Memang sejuk mata memandang dan kaki pun tak terasa penat sangat! 🙂

chuncheon_marathon_030

5. Cuaca yang nyaman.
Perlepasan pelari adalah pada jam 9 pagi, bukan seperti di Malaysia yang seawal 5 pagi. Ini adalah kerana tempat ini dingin dan sinar matahari pun tidak terik. Suhu sekitar 13 darjah Celsius. Anda disarankan memakai jaket sebelum mulanya larian kerana suhu yang sejuk.

chuncheon_marathon_008
Garmin VivoActive HR (Klik foto untuk maklumat lanjut)

6. Kumpulan Pacers yang sedia membantu
Seperti acara marathon antarabangsa yang lain, Chuncheon Marathon juga menawarkan khidmat pacer untuk membantu anda mencapai sasaran masa penamat anda. Jangan segan untuk berjumpa dan mengikuti pacer. Walaupun mungkin ada perbezaan bahasa, tapi sasaran masa penamat tetap sama.

chuncheon_marathon_005

7. Jalan yang ditutup sepenuhnya untuk larian
Anda tidak perlu berkongsi jalan dengan kenderaan-kenderaan lain. Jalan raya memang menjadi milik anda di Chuncheon Marathon. Masa penamat yang diberikan adalah 6 jam bagi 42km dan 1 jam 30 minit bagi 10km. Cukup, bukan?

chuncheon_marathon_034

8. Hiburan kebudayaan yang menyenangkan hati
Korea Selatan memang kaya dengan kebudayaannya yang unik. Pelari-pelari boleh melupakan kepenatan seketika apabila berlari melepasi kawasan-kawasan persembahan kebudayaan khas di sepanjang laluan. Kalau tak kejar masa, boleh berselfie sekejap. 🙂

chuncheon_marathon_031

9. Berlari dengan Si Tampan dan Si Jelita.
Betulkah orang-orang di Korea Selatan ni semuanya kacak-kacak dan cantik-cantik belaka macam dalam TV tu? Kalau nak tahu, kenalah datang berlari di sini untuk cuci-cuci mata.

chuncheon_marathon_029

10. Sokongan krew larian yang padu.
Selain daripada air, minuman isotonik dan span juga disediakan setiap 5km, kudap-kudapan seperti snek signatur Korea – Choco Pies, gel tenaga, pisang, tomato ceri dan roti juga boleh didapati di 20km, 25km, 30km, 37.5km dan garis penamat. Krew-krew juga menjadi tukang sorak yang tidak lelah memberikan dorongan kepada pelari-pelari.

chuncheon_marathon_035

11. Persembahan K-Pop di garisan penamat
Kejayaan menamatkan larian diraikan dengan persembahan nyanyian dan tarian K-pop yang rancak. Kalau nak, anda boleh menari sekali. Mana nak dapat di Malaysia? 😉

chuncheon_marathon_010

12. Borong produk Asics
Asics adalah penaja pakaian rasmi Chuncheon Marathon. Di tapak acara, anda boleh mendapatkan barangan Asics dengan harga tawaran istimewa dan juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti sampingan oleh Asics.

chuncheon_marathon_011

13. Trofi yang cantik
Trofinya memang cantik. Mampukah anda menewaskan Luka Kanda dari Kenya yang menjuarai Chuncheon Marathon 2016 dengan catatan masa 2:07:21?

chuncheon_marathon_012

14. Pingat Penamat yang comel
Jadikan ini ole-ole paling berharga dari Daerah Gangwon, Korea Selatan! Sama ada 42km atau 10km, pingat penamat yang comel ini pasti membawa kenangan yang manis dari daerah Legenda Musim Luruh.

chuncheon_marathon_009
Kasut Asics Gel-Kayano 23 (Klik foto untuk baca review kasut ini)

15. Tempat-tempat perlancongan menarik di sekitar daerah Gangwon.
Tamat sudah marathon, mulanya sebuah pengembaraan baru. Terokai tempat-tempat menarik di Gangwon seperti Pulau Nami (lokasi penggambaran drama Winter Sonata), Hwangyeongjo MemorialPark (gambar), bandar nelayan Samcheok, rumah bersejarah Ojukheon, Alpensia Ski Jump dan banyak lagi.

chuncheon_marathon_018

Chuncheon Marathon pada umumnya dianjurkan pada bulan Oktober setiap tahun. Pendaftaran mula dibuka seawal bulan April. Anda boleh dapatkan pakej-pakej berjalanan termasuk pendaftaran marathon tersebut melalui agen-agen perlancongan yang tertentu.

Untuk maklumat lanjut tentang daerah Gangwon and Chuncheon Marathon, sila layari http://gangwon.com.my/ dan http://marathon.chosun.com/

Terima kasih kepada pihak-pihak berikut yang menaja perjalanan #jomkitalari ke Chuncheon Marathon.

gangwon-do-province

goal-travel

asiaworld

  • Acara: Chuncheon Chosunilbo Marathon 2017
  • Tarikh/ Lokasi: 29 Oktober 2017 (Ahad) / Hoban Street berdekatan Taman Gongjicheon, Bandar Chuncheon.
  • Jarak : Marathon (42.195km), 10Km
  • Yuran Pendaftaran
    – 42km : 50,000 won or $50
    – 10Km : 40,000 won or $40
    * Caj remit adalah tanggung jawab peserta.
  • Pek Perlumbaan : Cenderahati perlumbaan, Bib nombor, Buku Panduan (sebelum perluumbaan)
    Pingat penamat (selepas acara)
    Sijil dengan catatan masa (selepas acara)
  • Pendaftaran : Penyertaan akan ditutup setelah 30,000 penyertaan dicapai bermula 11 Jun 2017.
  • Wakil Penjual Pakej Percutian Chuncheon Marathon:

Malaysia 

GOAL TRAVEL & TOUR SDN BHDB1-23A-5, Soho Suites @ KLCC, No 2, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur

Tel: +603-2181 6899 / [email protected]

 

GOLDEN TOURWORLD Travel (M) Sdn Bhd72, Wisma GTT, Changkat Bukit Bintang, (Facing Jalan Alor) 50200 Kuala Lumpur

Tel: +60 3-2118 7288/ [email protected]

 

Trek Finder Tours Sdn BhdLot 4 Mile 2, Lorong Bunga Semarak 1A, Kepayan Ridge, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: +60 88 319 480 / [email protected]

Check Also

Mencabar Potensi Diri di Taipei Marathon 2024

Share this on WhatsApp Taipei, Disember 17, 2024 — Taipei Marathon sekali lagi membakar semangat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!