Home / Artikel Menarik / ASICS GEL-KAYANO 23 – Lebih Ringan dengan FlyteFoam™

ASICS GEL-KAYANO 23 – Lebih Ringan dengan FlyteFoam™

t646n_0990_0010266033_fr_aac

Kasut signatur klasik Asics Gel-Kayano kembali dengan edisi ke-23 dengan bahan kusyen baru. Ia menampilkan teknologi kusyen “FlyteFoam” yang pertama kali digunakan di dalam edisi terhad kasut MetaRun pada tahun 2015. FyteFoam ini menggunakan fiber yang diperkuatkan untuk mengurangkan berat dan meningkatkan daya tahannya.

t646n_0990_0010266033_lt_aac

Bahagian atas Asic Gel-Kayano menampilkan “Fluidfit” tanpa jahitan untuk memberikan padanan atau “fit” yang sempurna. Fabrik telus udara yang membolehkan kaki untuk “bernafas” memberikan keselesaan kepada si pemakai walaupun dalam larian yang jauh.

Pelapik stokin Ortholite yang tebal juga memberikan kusyen tambahan berbanding dengan pelapik stokin biasa.

t646n_0990_0010266033_tp_aac

Unit tapak adalah sama dengan versi-versi sebelum ini yang menampilkan “gel” yang menjadi signatur kepada rangkaian kasut ini. Gel di bahagian luar tumit ini memberikan stabiliti kepada kaki dan boleh mengatasi masalah pronasi.

t646n_0990_0010266033_bk_aac

Kasut Asics Gel-Kayano 23 menampilkan sistem sokongan “Dynamic DuoMax” di bahagian tapak yang memberikan sokongan dan stabiliti kepada kaki apabila diperlukan. Struktur kasut baru membolehkan seluruh bahagian kaki didakap dengan sempurna dan pada masa yang sama membolehkan “toe spring” atau anjakan kaki yang padu.

t646n_0990_0010266033_bt_aac

Kesimpulannya, Asics Gel-Kayano 23 tidak mengecewakan sebagai kasut stabiliti. Ia masih mengekalkan ciri-ciri Kayano-Gel yang digemari pelari sebelum ini dengan pembaharuan di bahagian tapak iaitu teknologi FlyteFoam yang lebih ringan.

Asics Gel-Kayano 23 boleh didapati di semua kedai-kedai Asics dengan harga RM649 sepasang.

t646n_0990_0010266033_fl_aac

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.asics.com.sg atau like https://www.facebook.com/ASICSMalaysia/

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!