Home / Artikel Menarik / 4 Tanda Bahaya Dehidrasi Yang Harus Anda Waspadai

4 Tanda Bahaya Dehidrasi Yang Harus Anda Waspadai

Exhausted runner with water bottle

Dehidrasi terjadi ketika seseorang mengalami defisit cairan atau kehilangan cairan lebih banyak daripada apa yang diminumnya, sehingga tubuh tidak memiliki cukup air untuk menjalankan fungsi normal.

Kejadian dehidrasi ringan banyak berlaku kepada pelari-pelari secara umumnya, terutama ketika cuaca panas. Ia mudah diatasi dengan pengambilan air atau minuman sukan. Adalah amat penting bagi kita mengetahui tanda-tanda dehidrasi agar dapat elakkan ia daripada menjadi lebih buruk. Dehidrasi yang berpanjangan boleh memudaratkan badan terutama kepada fungsi buah pinggang dan kekurangan isipadu darah.

Selain daripada tekak yang kering, anda harus waspadai tanda-tanda dehidrasi ini:

Kadar degupan jantung meningkat
Anda mungkin tahu kadar degupan jantung meningkat dengan intensiti senaman, dan ia mungkin berubah dengan aktiviti yang berpanjangan terutamanya di dalam cuaca panas. Namun begitu, jika anda perhatikan peningkatan sebanyak 15- to 20 degupan lebih tinggi daripada yang dijangkakan, ia mungkin bermakna jantung anda sedang berkerja lebih keras untuk mengepam isipadu darah yang rendah akibat dehidrasi.

Kepala pitam
Jika anda mengalami rasa nak pitam atau kepala berpusing ketika larian jarak jauh, anda mungkin mengalami dehidrasi. Tanda ini terjadi akibat kekurangan bekalan darah ke otak.

Kulit Kendur
Kulit yang mengalami pengdehidrasi akan hilang kekenyalannya. Dalam keadan normal, kulit akan kembali ke bentuk asal apabila ia dicubit. Jika kulit anda lambat kembali dan masih berkerut, maka anda mungkin menghadapi masalah dehidrasi yang serius.
ujian-kulit

Warna air kencing yang gelap
Warna air kencing boleh memberitahu tahap hidrasi anda. Sebelum anda memulakan senaman, cuba periksa warna air kencing – warna yang cerah bermakna anda OK. Jikalau gelap, anda perlu mengambil tindakan dengan segera sebelum dehidrasi menjadi lebih teruk.

hydration_lucozade_003

Rujukan: Runner’s World, Lucozade & Mediskus.com

Check Also

Acara ASICS META: Time : Trials Thailand Berakhir Dengan Meriah

Share this on WhatsApp Acara ASICS META : Time : Trials Thailand 2024 berakhir dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!