Home / Berita Terkini / Ribuan Pelari Bermandi Buih di GREAT EASTERN BUBBLE DASH

Ribuan Pelari Bermandi Buih di GREAT EASTERN BUBBLE DASH

great-eastern-bubble-dash-9

Kuala Lumpur, 23 October 2016 – Yayasan Jantung Malaysia) dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life) sekali lagi berganding usaha untuk acara larian, Great Eastern Bubble Dash 2016, edisi Kuala Lumpur. Konsep larian yang unik ini dianjurkan untuk menggalakkan kehidupan yang lebih sihat di kalangan rakyat Malaysia.

Larian ini telah menarik penyertaan seramai 15,000 pelari dalam pelbagai kategori termasuk 21km, 12km dan larian ceria 5km.

Acara dilangsungkan di Dataran Merdeka dan para peserta dilepaskan oleh KDYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin Abdul Rahman dan diiringi Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Koh Yaw Hui dan Presiden Yayasan Jantung Malaysia Tan Sri Datuk Kamaruzzaman Shariff.

great-eastern-bubble-dash-2

Acara ini berjaya meraih RM152, 220 bagi disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.

great-eastern-bubble-dash-7

Di samping itu, Great Eastern Life Children Care turut menyumbang 500 pasang kasut kepada kanak-kanak tidak bernasib baik dari 43 rumah kebajikan di bawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak ini.

great-eastern-bubble-dash-1

Sebelum ini, The Great Eastern Bubble Dash 2016 juga telah dianjurkan di Pulau Pinang. Ia adalah satu acara larian pertama di Malaysia yang menampilkan semburan buih beraneka warna diiring muzik yang rancak.

great-eastern-bubble-dash-8

Selepas tamat larian, para peserta boleh menikmati suasana carnival yang diberi nama Karnival Jantung Sihat (Healthy Heart Carnival). Karnival tersebut menampilkan pelbagai aktiviti seperti saringan kesihatan percuma, sesi Zumba, persembahan pentas dan pemberian hadiah. Antara acara sampingan lain termasuk gerai-gerai makanan, permainan interaktif dan permainan kanak-kanak.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!