Home / Berita Terkini / BALI BEACH RUN 2016 Kembali Dengan Konsep Baru!

BALI BEACH RUN 2016 Kembali Dengan Konsep Baru!

breast-cancer-awareness-month1-e1444992373837-808x380

Denpasar Bali, 24 Oktober – Acara lari di pantai yang paling dinanti-nanti tahun ini akan kembali, kali ini dengan laluan (route) dan konsep baru yang menarik. Dengan tema “Fun Run” dan tanpa catatan waktu, Bali Beach Run 2016 memastikan setiap pelari akan menamatkan larian sebagai pemenang!

Acara ini bakal dilangsungkan pada 11 Disember 2016 di Pantai Petitenget, pada pukul 6:00 pagi.

Bergantung pada kategori – 10km, 5km atau 2,5km, laluan ini akan membawa pelari dari garis permulaan di Pantai Petitenget dan melewati beberapa mercu tanda yang paling ikonik di sepanjang Pantai Seminyak. Bagi kategori 10km, pelari akan melanjutkan larian ke Pantai Double Six, Pantai Padma, Pantai Legian, dan Pantai Kuta sebelum memusing balik di depan Hard Rock Hotel ke garis finish di Pantai Petitenget.

bbr20152-1000x400

Fun Run untuk 5km dan 2,5km juga dimulai dan berakhir pada Pantai Petitenget. Pelari Fun Run 5km akan kembali di depan The Lanai Restaurant di Pantai Double Six, dan Fun Run 2,5km akan kembali di depan Luna Villa di Pantai Seminyak menuju garis finish di Pantai Petitenget.

Dianjurkan buat tahun ketiga, Bali Beach Run adalah acara larian pertama seumpamanya dan telah menerima sokongan yang luar biasa dari peserta dan penaja dari seluruh dunia. Diperkenalkan pada November 2013 oleh Presiden dan Pendiri PT. Trijaya Dewata, Bapak Hendra Lapusa, sejak itu menjadi acara lari yang sangat dinanti-nantikan oleh pelari tempatan mahupun antarabangsa.

bali-beach-run-2016

Tahun ini, Bali Beach Run menyasarkan 5.000 peserta dan ditaja oleh Nivea Sun dan PUMA sebagai baju lari rasmi.

Pendaftaran awal kini dibuka sehingga 5 November 2016, dan pendaftaran biasa akan dimulai sehingga 8 Disember 2016.

Untuk maklumat lanjut, silakan kunjungi www.balibeachrun.com atau hubungi PT. Trijaya Dewata di +62 361 335 0330.

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!