Home / Artikel Menarik / Gel Mandian ADIDAS CLIMACOOL Mewangi dengan Teknologi Move-Activated Tech

Gel Mandian ADIDAS CLIMACOOL Mewangi dengan Teknologi Move-Activated Tech

adidas-climacool_duo-2

Adakah anda mempunyai gaya hidup yang mencabar dan aktif tetapi tidak mahu badan berbau? adidas Body Care boleh membantu! Gel mandian climacool terbaharu memahami cabaran iklim tropika yang mempunyai ciri wangian yang diaktifkan oleh teknologi pengaktifan pergerakan yang menjadi pergerakan anda disertai kesegaran, maka lebih aksi, lebih prestasi!

Bagaimanakah gel mandian climacool ini berfungsi? Magik – atau, lebih tepat lagi, sains – terletak pada kapsul segar eksklusif dalam rumusan nya. Semasa anda menikmati mandian yang menyegarkan, kapsul ini akan kekal pada kulit, walaupun selepas anda mengelapkan badan. Sepanjang hari, kapsul ini akan bertindak apabila sentuhan atau geseran – seperti sentuhan ringan atau menyingsing lengan baju – ia membebaskan aroma segar di dalamnya. Ini bermakna anda akan sentiasa berasa dan berbau segar, dari gim ke pejabat hinggalah ke majlis makan malam dengan rakan-rakan.

Bukan itu sahaja, anda tidak lagi perlu memiliki banyak botol dan produk di dalam bilik mandi anda. Setiap gel mandian climacool sebenarnya memiliki ciri tiga produk, iaitu mandian badan, syampu dan pembersih muka. Dalam erti kata lain, anda boleh menggunakannya untuk membersihkan badan anda dari hujung rambut ke hujung kaki kerana formulasinya telah diuji dan direka untuk mengekalkan keseimbangan pH semula jadi kulit. Selain itu, buihnya yang mudah dibilas menjadikan kulit lembut apabila disentuh.

Gel mandian ini adalah produk terkini adidas yang menampilkan teknologi climacool, telah menjadi kegemaran penduduk bandar aktif untuk suatu ketika. Produk pertama telah dicipta yang disasar pada atlet moden, dengan memenuhi keperluan mereka untuk kesegaran berpanjangan. Sebab inilah juga pakaian sukan adidas climacool dihasilkan. Pakaian tersebut mendapat sambutan dan digemari ramai kerana mampu menghilangkan haba dan kelembapan, justeru memastikan mereka yang suka bersukan kekal sejuk dan kering walaupun semasa usaha sengit.

Dengan kejayaan pakaian sukan tersebut, adidas mula meningkatkan usahanya. Deodoran anti-peluh climacool merupakan produk laris yang berikutnya. Dengan kapsul segar diaktifkan melalui pergerakan, dan perlindungan kering 48 jam, produk ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kini, pengenalan gel mandian climacool ini melengkapkan rangkaian climacool. Direka bagi mereka yang gemar aktif, gel mandian ini memastikan bahawa ia akan berfungsi lebih baik dengan lebih banyak pergerakan bagi membolehkan anda sentiasa selesa dan segar.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika wangian gel mandian climacool tahan begitu lama, akan ia menjejaskan aroma deodoran anti-peluh climacool? Jangan risau, adidas sentiasa satu langkah mendahului. Wangian gel mandian menyamai dengan profil bau deodoran anti-peluh, oleh itu kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain untuk memaksimumkan pengalaman yang segar.
Gel mandian versi lelaki dan perempuan disesuaikan secara khas untukmu. Menggabungkan unsur lemon, pudina dan lavender, haruman gel mandian untuk lelaki mempunyai kenyamanan dan kesegaran yang berkekalan. Bersesuaian dengan ini, wangian untuk wanita adalah gabungan manisan citrus dan tona bungaan yang terang, menghasilkan tarikan feminin dan awet muda.

Pembungkusan gel mandian climacool mempunyai reka bentuk canggih boleh elakkan terlepas daripada genggaman sekiranya licin ketika di bilik mandi. Varian untuk lelaki mempunyai tempat grip di kedua-dua belah tepi supaya selesa dipegang, manakala versi wanita mempunyai profil melengkung yang menghalang botol daripada terlepas ketika dipegang oleh tangan yang basah.

adidas-climacool-bodycare-range

Aktifkan kesegaran sepanjang hari dengan gel mandian adidas climacool! Gel mandian adidas terdapat dalam dua saiz yang berbeza untuk lelaki dan wanita. Botol 250ml didapati pada harga RM10.90, dan 400ml pada harga RM14.90.

Untuk melengkapkan pengalaman climacool, gunakan deodoran anti-peluh climacool sama ada dalam bentuk semburan atau deodoran berbuli selepas mandi supaya anda kekal kering dan wangi. Semburan badan didapati pada harga RM19.90 untuk lelaki, RM15.90 untuk wanita dan harga deodoran berbuli lelaki dan wanita, ialah RM8.90.

Rangkaian penjagaan badan climacool boleh dibeli di farmasi utama dan pasar raya di seluruh negara. Dapatkannnya hari ini, dan bersedia untuk prestasi dalam gerakan.

Di samping itu, adidas juga memiliki beberapa rangkaian gel mandian lain untuk lelaki dan wanita dalam 2 saiz, iaitu 250ml pada harga RM10.90 dan 400ml pada harga RM14.90.

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!