Tidak pernah David Clark dari Colorado, Amerika Syarikat memimpikan yang dia boleh menghabiskan larian jarak jauh ultra marathon. Di tahun 2005, dia beratnya adalah 145kg. Dia kehilangan hak milik rumahnya dan diisytiharkan muflis akibat ketagihan arak dan dadah. Dia cuba untuk berlari di atas treadmill. Lariannya bertahan hanya 15 saat.
“Pada masa itu, saya berada di tempat yang terburuk dalam hidup saya. Perniagaan saya hancur,” katanya. “Saya bergelut dengan ketagihan. Saya perlukan sesuatu yang radikal, sesuatu yang akan membawakan impak emosi yang tinggi. Larian jarak jauh adalah sesuatu yang mustahil bagi saya.”
Nekad untuk mengubah hidupnya, dia menyertai acara larian ultramarathon.
Kini, pada umur 45 tahun, beratnya telah turun lebih 68kg. Pahit getir yang dilaluinya dizahirkan melalui bukunya yang bertajuk Out There: A Story of Ultra Recovery.
Tahun ini juga, David bersama beberapa orang rakannya berlari merentas benua Amerika Utara dari Los Angeles ke Washington, D.C., untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental. Dia juga berlari 48 jam tanpa henti untuk memerangi masalah ketagihan.
Dalam usaha untuk membantu sesetengah golongan untuk menadpatkan keyakinan diri melalui kisahnya, Clark mengasaskan The Superman Project, sebuah inisiatif yang memberikan bimbingan, kaunseling dan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin memmbina hidup baru melalui sukan yang menguji daya ketahanan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.wearesuperman.com
Ikuti David Clark di Twitter: @wearesuperman
Ulasan Buku:
Out There: A Story of Ultra Recovery adalah sebuah kisah kandid pemulihan penagihan dadah yang boleh dijadikan teladan dan inspirasi untuk tidak berputus asa walau apapun yang terjadi dalam kehidupan. Diceritakan dengan secara tanpa berselindung dan jujur, ia memberikan pembaca sebuah testamoni di mana hidup bersih dadah boleh dikecapi dengan semangat perjuangan yang nekad.
Buku:
Out There: A Story of Ultra Recovery
Oleh David Clark
Boleh didapati di Amazon.com
ISBN-10: 1499721196
ISBN-13: 978-1499721195