Home / Berita Terkini / HCMC RUN 2017 Perkenal Kategori Marathon

HCMC RUN 2017 Perkenal Kategori Marathon

hcmc_run_marathon_011a

Acara larian signatur Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, HCMC Run bakal kembali pada 15 Januari 2017 di Phu My Hung. Tahun ini, kategori baru 42Km telah dilancarkan bersama kategori jarak sedia ada 5km, 10km dan 21km.

hcmc_run_marathon_013

Inilah julung-juling kalinya selepas 25 tahun acara jarak penuh marathon dianjurkan oleh Pulse Active di bandar Ho Chi Minh. Dengan itu, HCMC dinamakan semula sebagai HCMC Run – The City Marathon 2017.

Acara HCMC Run menarik pelbagai demografi pelari, dari kanak-kanak ke dewasa, penggemar sukan ke pelari elit, penduduk tempatan ke pelancong asing. Lebih ramai rakyat Vietnam yang menyertai larian dan menjadi lebih kompetitif, dengan itu, pengenalan jarak marathon adalah seiring dengan perkembangan sukan lumba lari di negara tersebut.

Jumlah peserta HCMC Run adalah sekitar 7,000 setiap tahun. Dianggarkan 36% adalah orang asing dan pelancong dari serata dunia.

hcmc_run_marathon_015

Laluan HCMC Run membolehkan pelari-pelari menikmati pemandangan yang indah bandar Ho Chi Minh termasuk Jambatan Phu My.

Acara larian ini bakal dilangsungkan dalam dua hari iaitu Warm-Up Day dan Kid’s Dash pada 14 Januari dan acara marathon akan berlangsung pada hari berikutnya, 15 Januari 2017. Dengan pengenalan acara marathon penuh, HCMC Run – The City Marathon 2017 dijangka menarik ramai pelari-pelari antarabangsa dan bakal menjadi acara marathon utama yang wajib disertai di rantau Asia Tenggara.

hcmc_run_marathon_008

Penganjur, Pulse Active adalah teraju di dalam industri sukan dan hiburan di Vietnam. Antara acara yang dianjurkan oleh syarikat ini adalah DaNang International Marathon, Challenge Vietnam, Color Me Run dan The PRISMA dengan jumlah peserta mencecah 15,000 orang dalam acara Color Me Run.

hcmc_run_marathon_006

Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, sila layari http://hcmcrun.com/

Check Also

LAZADA RUN Terima Sambutan Menggalakkan dengan 8,000 Peserta

Share this on WhatsApp Cyberjaya, 16 Julai 2023 – Acara Lazada Run yang julung kali …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!