PULAU PINANG, 8 November 2016 – Larian marathon malam terbesar di Asia yang juga merupakan larian malam ikonik Singapura, OSIM Sundown Marathon menyambut ulangtahunnya yang ke-10 tahun hadapan dengan penuh bergaya menerusi penganjuran lariannya yang pertama di luar negara iaitu di Taipei dan Pulau Pinang.
Penggemar acara larian sekitar Taipei dan Pulau Pinang kini berpeluang berlari pada waktu malam sebelum terbitnya matahari – seperti yang diadakan di Singapura yang sememangnya menawarkan pengalaman yang cukup unik. Edisi di Pulau Pinang akan diadakan pada 17 Disember ini bertempat di Queensbay Mall, Bayan Lepas sementara edisi di Taipei akan berlangsung di lokasi indah, Dajja Riverside Park pada 14 Januari 2017.
Mensasarkan pelari tidak kira apa tahap kecergasan sekalipun, larian ini merangkumi kategori 5km, 10km dan 21.1km. Bagi menambah lagi pengalaman manis buat para peserta, mereka yang menyertai kategori 5km akan membawa pulang singlet istimewa larian, medal, bib larian serta bag yang dipenuhi dengan produk penaja. Bagi peserta kategori 10km dan 21.1km pula, mereka akan mendapat tambahan sijil penyertaan eletronik dengan catatan masa larian mereka sendiri.
OSIM Sundown Marathon Penang mendapat sokongan penuh OSIM, peneraju utama pengeluar barangan gaya hidup sihat di peringkat global. Kerjasama kukuh ini bertepatan dengan misi OSIM dalam memberi inspirasi penjagaan kehidupan serta matlamat Sundown Marathon dalam menganjurkan acara dengan suasana meriah dan menyihatkan buat para peserta bersama-sama rakan dan keluarga mereka sepanjang malam.
“Semangat pelari marathon bergema bersama-sama OSIM kerana kami percaya terhadap semangat mereka untuk memberikan yang terbaik. OSIM Sundown Marathon 2017 adalah lebih menarik kerana kali ini ia turut akan diadakan di Pulau Pinang dan Taipei. Ia menjadikan perkongsian kami lebih bermakna kerana Malaysia dan Taiwan adalah negara utama dalam aktiviti pemasaran OSIM. Ia juga membuktikan semangat penganjur untuk mengembangkan lagi jenama Singapura ke rantau luar dan kami di OSIM amat gembira untuk membantu Sundown menembusi pasaran baru ini” jelas Encik Ron Sim, Pengasas merangkap Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif OSIM International Pte Ltd.
“Kami sebenarnya telah lama merancang untuk melebarkan penganjuran acara ini ke rantau yang baru dan sememangnya dengan sambutan ulangtahun ke-10 Sundown, inilah masa terbaik untuk kami melakukannya. Edisi di Singapura telah berjaya menarik penyertaan yang besar dari peserta luar negara sekaligus membuktikan ia adalah larian yang cukup popular. Kami sedia maklum bahawa Pulau Pinang mempunyai komuniti larian yang sangat besar justeru itu kami sangat teruja untuk memberi peluang lebih kepada rakyat Malaysia merasai sendiri keistimewaan larian malam anjuran kami. Kami juga berterima kasih kepada OSIM kerana memberikan sokongan berterusan mereka, dan ini menandakan satu kejayaan besar bagi Sundown.” jelas Adrian Mok, Pegarah Urusan HiVelocity Events iaitu penganjur Sundown Marathon.
Dilabel sebagai larian marathon malam terbesar di Asia, acara tahunan ini telah mencatatkan peningkatan jumlah peserta setiap tahun. Edisi kesembilan yang diadakan pada 2016 di Singapura menyaksikan 27,500 peserta mengambil bahagian – 5 kali ganda berbanding penganjuran sulung pada 2008. Perlumbaan 2016 itu merangkumi 40 peratus peserta luar termasuk dari Malaysia, Filipina, Taiwan dan China – membuktikan betapa acara ini cukup dinantikan dan selain menyumbang kepada kepesatan sektor pelancongan sukan di Asia.
Pendaftaran untuk OSIM Sundown Marathon Singapore 2017, OSIM Sundown Marathon Penang 2016 dan OSIM Sundown Marathon Taipei 2017 boleh dibuat di www.sundownmarathon.com.
BERITA BAIK! INGIN DAPATKAN POTONGAN HARGA YURAN PENDAFTARAN SUNDOWN MARATHON PULAU PINANG SEBANYAK 10%? KLIK DI SINI.