Home / Artikel Menarik / Jom Kita Masak: Spaghetti Lemak Bungkus

Jom Kita Masak: Spaghetti Lemak Bungkus

Wow! Inilah resepi baru daripada Chef Dato’ Fazley yang menggandingkan makanan kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak dengan spagetti iaitu ‘San Remo Spaghetti Lemak Bungkus’. Resepi ini adalah untuk hidangan 3-4 orang dan mengambil masa 20 minit untuk persediaan dan 30 minit untuk memasak. Jom kita cuba.

photo-4

Bahan-bahan
• 250 g SAN REMO SPAGHETTI
• Air secukupnya
• 1 tin santan cair
• 2 helai daun pandan, disimpulkan
• Garam secukup rasa
• Ikan bilis, dibersihkan & digoreng garing
• Kacang tanah, digoreng garing
• 1 biji timun, dihiris nipis

Sambal telur
• I cawan minyak
• 3 biji telur rebus
• 7 biji bawang merah, dikisar
• 1 labu bawang besar, dikisar
• 2 cm belacan bakar, dikisar
• 250 g cili giling
• 1/2 cawan air asam jawa
• 1 labu bawang besar, dihiris
• 1 cawan ikan bilis
• 11/2 cawan air
• Garam, gula secukup rasa

Cara memasak
[1] Jerang air, santan, daun pandan clan garam.
[2] Apabila mendidih masukkan SAN REMO SPAGHETTI. Masak sehingga al dente. Toskan dan ketepikan.
[3] Panaskan minyak, goreng telur rebus sehingga keemasan dan angkat.
[4] Tumis bawang merah, bawang besar dan belacan yang dikisar dalam minyak panas. Bila naik bau, masukkan cili, ikan bilis dan sedikit air.
[5] Kacau sehingga mendidih. Masukkan air asam jawa dan bawang besar.
[6] Apabila mendidih, masukkan telur, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan angkat.
[7] Bungkus San Remo Spaghetti dengan sambal telur, ikan bilis, kacang tanah dan timun.

Resepi & foto ikhsan: San Remo Pasta Malaysia

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!