Home / Berita Terkini / Larian Gegar Pecah Rekod Malaysia – Pelari Berkain Sarung Paling Ramai

Larian Gegar Pecah Rekod Malaysia – Pelari Berkain Sarung Paling Ramai

larian_gegar_002

Kuala Lumpur, 20 November 2016, Larian Gegar Unimalaya 2016 mencipta sejarah hari ini dengan rekod pelari berkain sarung paling ramai. Seramai 1319 mengambil bahagian dalam larian yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah Universiti Malaya bersama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Arena Universiti Malaya.

Sijil pengesahan The Malaysia Book of Records telah disampaikan di pagi acara larian.

larian_gegar_004

Dianjurkan buat kali kelima, Larian Gegar Unimalaya menampilkan kelainan pada tahun ini dengan larian berkain sarung. Setiap pelari diwajibkan memakai kain sarung sama ada kain pelikat atau batik semasa larian.

Larian terbahagi kepada dua kategori iaitu 10km dan 5km. Setiap pelari yang menamatkan larian menerima pingat penamat dan beg goodies dari pihak penaja.

larian_gegar_005

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/lariangegar/

Untuk galeri gambar sila klik https://www.facebook.com/pg/jomkitalari/photos/?tab=album&album_id=1328662187157455

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!