Ikon gaya, model antarabangsa Gigi Hadid menyertai komuniti wanita berpengaruh Reebok dalam gerakan #PerfectNever, sebuah kempen untuk wanita meraikan keindahan dalam ketidaksempurnaan dan menerajui mesej instrisik Reebok untuk memperbaiki diri.
Dalam gandingan ini, Gigi dan Reebok bakal mencabar kaum Hawa untuk mengunakan kecergasan fizikal sebagai satu cara untuk mengatasi segala kelemahan atau negativiti melalui serampang tiga mata Reebok delta iaitu sosial, fizikal dan mental.
Sebagai peragawati terkenal antarabangsa, Gigi tidak kurang mendapat tekanan dalam memenuhi tuntutan “kesempurnaan” sebagai seorang wanita dan sentiasa di bawah pemerhatian serta kritikan dari orang ramai. Melalui aktiviti kecergasan, Gigi mendapat ketenangan.
“Bersenam bukan sahaja fizikal bagi saya. Ia juga membantu dari segi mental. Ia membolehkan saya melenyapkan kegusaran dalan kepala saya dan membuatkan saya rasa tenang.” kongsi Hadid.
“Ketika dulu, semasa saya seorang atlet, saya pernah cuba menumpu perhatian untuk mencapai kesempurnaan sehingga jurulatih terpaksa mengeluarkan saya dari pertandingan. Saya terlalu fokus kepada kelemahan sampai ia membawa lebih banyak keburukan seperti efek domino. Saya belajar dari kesilapan dan menjadikannya sebagai motivasi untuk bergerak ke hadapan.”
Dengan belajar untuk “menukar saluran” dan mengambil kawalan, Gigi mendapati bahawa segala kegagalan boleh digunakan untuk memperbaiki diri – dengan menerima dan kemuadian menjadikan ia sebagai motivasi untuk membuat yang lebih baik.
Gigi dan Reebok bakal memberi motivasi kepada kaum wanita untuk menerima segala kelemahan dan ketidaksempurnaan dan menukarkannya kepada kekuatan melalui kecekalan dan semangat jati diri.
Untuk maklumat lanjuut, sila layari https://fitness.reebok.com/international/Perfect-Never/