Home / Berita Terkini / Ribuan Rakyat Malaysia Berjalan Untuk Malaysia Di Guardian Walkathon 2016

Ribuan Rakyat Malaysia Berjalan Untuk Malaysia Di Guardian Walkathon 2016

an-early-downpour-did-not-dampen-the-spirit-of-those-celebrating-malaysia-day-at-guardian-walkathon-2016

PUTRAJAYA, Jumaat, 16 September 2016 – Ribuan rakyat Malaysia telah hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia di Taman Wetland Putrajaya hari ini, sambil menikmati gaya hidup yang lebih sihat.

Mereka hadir secara berkumpulan dan bersama keluarga; tua dan muda, dan ramai antara mereka yang mengenakan kostum kebangsaan istimewa untuk meraikan Hari Malaysia. Walkaton tersebut mempunyai dua acara – berjalan kaki secara santai 3 kilometer dan 5 kilometer, dimana keseronokan dan masa berkualiti adalah sebahagian daripada agenda utama pada pagi itu.

Para peserta juga dihiburkan dengan pelbagai permainan menarik dan cabutan bertuah selepas acara berjalan kaki selesai.

droves-of-malaysians-enjoyed-a-fun-filled-malaysia-day-at-the-guardian-walkathon-2016

Bagi para peserta, mereka bukan hanya mendapat kebaikan beriadah pada waktu pagi tetapi usaha mereka itu turut memberi manfaat kepada ratusan anak-anak yatim dan kanak-kanak yang memerlukan daripada 15 buah rumah kebajikan.

Bersempena dengan walkaton itu, Guardian Malaysia telah membuat sumbangan sebanyak RM300,000 kepada 15 rumah kebajikan di seluruh negara. Setiap rumah kebajikan menerima RM20,000 dimana sebahagian daripada sumbangan tersebut adalah daripada kutipan jualan tiket Walkaton, tetapi sebahagian besarnya adalah daripada Guardian Malaysia.

Wakil daripada tiga buah rumah kebajikan yang menerima sumbangan telah menerima cek mereka daripada Christina Low, Pengarah Pemasaran di acara penyampaian hadiah. Mereka adalah Rumah Penyayang Ulin Nuha; Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Muhmmad Al-Fateh, Pusat Jagaan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Darul Aminan.

christina-low-with-the-representatives-from-three-charity-homes-at-the-guardian-walkathon-2016

Bercakap di majlis itu, Christina Low, menyampaikan ucapan terima kasih daripada pihaknya kepada para peserta yang telah menyumbang kepada kejayaan walkaton itu dan menyokong usaha Guardian dalam membantu golongan yang memerlukan.

Kata beliau: “Guardian Malaysia adalah peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar dengan 400 buah cawangan di seluruh negara. Selaku peneraju dalam perniagaan ini, falsafah kami adalah untuk membawa kesejahteraan kepada komuniti dimana kami berkhidmat dengan menggalakkan gaya hidup sihat; dan pada masa yang sama, membantu mereka yang memerlukan.”

Walkaton itu adalah panggilan Guardian Malaysia untuk menggalakkan masyarakat – lelaki dan wanita tanpa mengira peringkat umur, kanak-kanak dan orang dewasa – untuk komited dalam mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sambil beramal.

Kini memasuki tahun ketujuh, walkaton itu sentiasa memuatkan elemen kebajikan, dengan dana yang dikumpul untuk pelbagai tujuan amal.

“Hari ini, anda bukan sahaja melangkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat, anda juga telah membantu mengumpul dana untuk 15 buah rumah anak yatim,” tambah beliau.

Rakan-rakan perniagaan turut diberi peluang untuk menyertai keseronokan itu melalui acara Corporate Mascot Dash 100 meter.

participants-got-creative-with-costumes-in-celebration-of-malaysia-day-at-guardian-walkathon-2016

Pemenang Pertandingan Kostum Paling Menonjol telah menerima baucar Guardian bernilai RM1,000. Sepuluh pemenang lain telah menerima hadiah saguhati berupa baucar Guardian bernilai RM100 setiap seorang.

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!