Home / Artikel Menarik / SITI SALEHA Sertai Barisan Duta Wanita PUMA Kempen “DO YOU”

SITI SALEHA Sertai Barisan Duta Wanita PUMA Kempen “DO YOU”

siti-saleha_campaign-picture_landscape

Sempena pelancaran kempen global PUMA, ‘DO YOU’, Puma Asia Tenggara mengumumkan barisan duta serantau untuk jenama ini. Kempen ini bermatlamat untuk memberi inspirasi, keyakinan dan identiti kepada golongan wanita muda.

Pelakon Siti Saleha terpilih bersama bekas Miss Universe Malaysia 2015, Vanessa Tevi Kumares untuk mewakili Malaysia sebagai duta wanita PUMA di dalam kempen tersebut.

siti-saleha_sports-style-4-copy

“To DO YOU means to understand who you truly are. Because everything starts from within. It is important to embrace all of you; the good and the bad. You need to understand it and use that as a motivation to strive for a better tomorrow, but always remember to DO YOU first as everything starts with you!” – Siti Saleha

siti-saleha_behind-the-scenes-1

Sebagai duta wanita PUMA yang baru, Siti berharap untuk mendorong lebih ramai wanita-wanita muda untuk menjadi lebih yakin dan tidak takut untuk mengekpresikan diri mereka.

Siti menonjolkan ciri-ciri duta wanita PUMA yang berpengaruh seperti Rihanna dan Cara Delevinge, mengambil tanggungjawab tentang hidup sendiri, menerima apa kekurangan yang ada dan menjadikannya sebagai semangat untuk menjadi lebih baik dan sihat.

siti-saleha_sports-style-2

Kepada peminat-peminat Siti Saleha yang menantikan kemunculannya di TV, Siti bakal berganding dengan Shukri Yahya di dalam drama terbaru Slot Akasia TV3 berjudul 7 Hari Mencintai Ku tidak lama lagi. Drama berat ini menampilkan satu watak dominan yang belum pernah dilakonkan oleh Siti sebelum ini.

Check Also

BiiB Perkenal Anugerah ”TOP 100 MALAYSIAN RUNNERS” Bagi Mengiktiraf Kecemerlangan Atlet Sukan Larian Tempatan

Share this on WhatsApp Subang Jaya, 11 Mei 2025 – Pada pagi Ahad yang hening …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!