Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba! Koleksi pertama gandingan penghibur Rihanna dan jenama sukan Puma, FENTY PUMA by Rihanna akhirnya tiba di pasaran antarabangsa. Koleksi ini merangkumi pakaian, kasut dan aksesori fesyen yang berani, provokatif dan penuh “attitude”.
Rihanna mendapat inspirasi daripada budaya jalanan kontemporari dan tradisi Jepun untuk koleksi sulungnya bersama PUMA. Dengan menggandingkan pengaruh budaya dengan tona gothika serta potongan yang agak besar dan kembang, Rihanna mengaburi sempadan di antara susuk pakaian lelaki dan wanita tradisional.
“Koleksi ini bukan sahaja menggambarkan siapa diri saya dan cara saya berpakaian, ia juga ingin mereka sesuatu yang melangkaui sempadan fesyen baru dengan PUMA,” kata Rihanna. “Koleksi ini adalah budaya jalanan Jepun dengan dengan olahan baru yang mengasyikkan. Saya bermain dengan tekstur dan susuk potongan dengan fabrik yang mewah.”
Untuk kempen iklan koleksi Musim Luruh-Sejuk (AW ’16) FENTY PUMA by Rihanna, Rihanna mendapatkan khidmat kreatif terbaik di dalam industri untuk menzahirkan visinya kepada realiti. Agensi kreatif Paris, M/M, jurufoto Willy Vandeperre dan penata gaya Alastair McKimm diberi tanggungjawab untuk menghidupkan koleksi ini bersama model Fei Fei Sun, Cong He dan Sang Woo Kim.
Pelancaran antarabangsa secara serentak telah berlangsung pada 7 September kedai-kedai PUMA, PUMA.com dan gedung fesyen terpilih seperti Bloomingdale’s. Di Malaysia, koleksi AW16 Fenty boleh didapati di kedai PUMA KLCC dan PUMA Sunway Putra Mall sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila layari puma.com atau rihannanow.com.
#FENTYxPUMA