Home / Berita Terkini / Diana Riesler kembali untuk mempertahankan gelaran juara edisi terakhir IRONMAN® MALAYSIA, LANGKAWI

Diana Riesler kembali untuk mempertahankan gelaran juara edisi terakhir IRONMAN® MALAYSIA, LANGKAWI

diana-riesler-ger-2014

Kuala Lumpur, Malaysia, 14 September 2016 – IRONMAN® Malaysia, Langkawi kembali ke Pulau Permata Kedah pada 12 November 2016. Perlumbaan tahun lepas telah menyaksikan atlet profesional wanita Jerman Diana Riesler membawa pulang kemenangan IRONMAN Malaysia, Langkawi buat kali kedua berturut-turut.

Setelah menamatkan perlumbaan pada tahun 2015 dengan masa 09:37:06, dan 09:26:38 pada tahun 2014, atlet pro Jerman ini kembali untuk membawa pulang kemenangan ketiganya yang berturut turut.

defending-champion-diana-riesler_1

Mengenai kepulangannya untuk kali ketiga berturut-turut ke IRONMAN Malaysia, dia berkata “Saya sangat gembira untuk kembali ke Langkawi untuk mempertahankan kejuaraan 2014 dan 2015 saya. IRONMAN Malaysia merupakan salah satu perlumbaan IRONMAN yang paling saya minati di dunia. Saya sangat bertuah untuk bersaing di sini sebelum ini dan setiap kali ia sangat mempesonakan, dengan keindahan alam semulajadinya.

ironman-malaysia-langkawi-2015_1

Mengenai Tropical IRONMAN Adventure, beliau berkata “keindahan dan keunggulan acara ini menyentuh hati saya. Pemandangan di sini sangat indah, acara ini dirancang dengan teliti dan litar perlumbaan ini merupakan litar yang paling unik pernah saya berlumba. Sesiapa yang mahu menyertai IRONMAN yang paling istimewa perlu meletakkan IRONMAN  Malaysia, Langkawi di senarai teratas mereka.”

“Kami sangat teruja Diana Riesler memilih untuk kembali dan mempertahankan kejuaraannya dari tahun 2014 dan 2015. Beliau merupakan seorang atlit yang kuat, dan bersemangat untuk triatlon. Beliau mempunyai sejarah yang panjang dan masyhur bersama IRONMAN dan kami ingin mengucapkan yang terbaik buat beliau November ini,” kata Geoff Meyer, Pengarah Urusan IRONMAN Asia.

2015-ironkids_3

Perlumbaan IRONKIDS tahun yang kedua akan berlangsung pada 11 November ini, dan para penganjur menjangkakan penyertaan seramai 300 peserta berusia 5-13 tahun akan bersaing dalam dua kategori dan jarak –  acara lari pecut 500m (5 – 10 tahun) and 1000m(11-13 tahun) di sepanjang pantai Cenang. Peminat sukan akan mempunyai peluang untuk menyaksikan berita sukan dan gaya hidup terkini di ekspo IRONMAN di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang turut menjadi tuan rumah sesi perkongsian atlit profesional dan sesi taklimat atlit.

ironman-malaysia-ambassador-cameron-brown-presents-medals-to-the-ironkids

Perlumbaan di Langkawi ini kembali ke Malaysia setelah IRONMAN menubuhkan pejabat baru di sini pada 2014, setelah tergendala selama 3 tahun daripada pemegang lesen yang lepas. IRONMAN Malaysia akan menyaksikan pengakhiran kontrak tiga tahun bersama Malaysia Major Events (MME).

Acara ini sudah tentu akan meletakkan Malaysia kembali di kalendar global. 59 atlet profesional dari seluruh dunia telah bersaing pada perlumbaan tahun lepas, termasuk Riesler dan juara pro lelaki Mike Aigroz dari Switzerland.  Peserta dari Malaysia merangkumi 17% daripada hampir 1000 peserta acara tahun lepas. Penduduk Langkawi juga mendapat manfaat yang besar daripada acara ini melalui aspek pelancongan dan penglibatan peribadi. IRONMAN menghargai sokongan daripada MME, Lembaga Pembangunan Langkawi dan penduduk Langkawi dalam menjadikan IRONMAN Malaysia sebagai kejayaan yang besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

ironman-malaysia-langkawi-2015_2

IRONMAN Malaysia , Langkawi akan diadakan pada hari Sabtu 12 November 2016.

Untuk maklumat lanjut , sila lawati  www.IRONMANMalaysia.com.

Check Also

Mencabar Potensi Diri di Taipei Marathon 2024

Share this on WhatsApp Taipei, Disember 17, 2024 — Taipei Marathon sekali lagi membakar semangat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!